Kesan berantai daripada pengumuman kenaikkan gaji, bonus dan imbuhan rakyat semakin dirasai. Sana-sini kedengaran rungutan harga barang naik. Orang kaya semakin gembira, orang miskin semakin derita. Itulah gambaran sebuah negara kapitalis. CUPEC baru-baru ni mengumumkan akan menggesa ahli-ahlinya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan membuat protes senyap. Protes bagi memboikot kenaikkan harga barangan yang semakin menjadi-jadi.
Apa rasionalnya protes tersebut? Adakah peniaga akan menurunkan harga barang dengan protes yang dilakukan? Lihat sajalah pada protes terang-terangan terhadap kenaikkan minyak dulu. Ada peniaga kesah? Berbuih-buih mulut menteri memberi amaran kepada peniaga. Hasilnya penat mulut je. Dulu masa PPIM boikot kenaikkan harga barang, ada diorang kesah. Serupa tu juga.
Pokok pangkalnya ialah diri kita. Kebanyakkan protes tak menjadi malahan menjadikan peniaga besar kepala disebabkan oleh sikap kita. Puncanya adalah kita tak bersatu hati. Persatuan minta kita boikot, tapi sambutannya hambar. Jadi hambar sebab itu barang keperluan. Kita memerlukan barangan tersebut. Kalau tak beli langsung nak makan apa? Kita susah nak berkorban sikit. Bukan langsung tak beli, kalau boleh kurangkan. Tapi orang kita susah nak buat. Akhirnya besar kepala la peniaga tu!
Protes akan berjaya jika kita bersatu hati. Berani berkorban sedikit demi mengajar peniaga degil. Andainya kita tak boleh ubah cara hidup bermewah-mewah secara drastik, pelan-pelan lah berubah. Semuanya bermula dari kita. Jangan asik menyalahkan orang lain bila barang keperluan naik.
Pacifista says
nak protes pun susah sekarang ni.ada yang monopoli.semua tu barang keperluan.kang kalau protes nak makan apa nanti.apapun kena bijak kalau nak protes.kita pun ada kementerian yang pantau harga barang ni.aku harap kerajaan amik berat tentang masalah harga barang naik ni…
Cikgu Hairul says
Nak harapkan kementerian pun agak ragu2 juga. Ingat tak masa lepas kenaikkan minyak aritu, menteri kan dah bagi amaran jangan naikkan harga barang. Peniaga buat pekak jer..
wandisini says
bukan sekali 2 aku dengar ura-ura nak protes. Astro naikkan fee pun kata nak protes dan boikot, tapi astro tetap naikkan jugak.kerajaan kata nak tolong, tapi harammm..sebab semua itu perkara kecik bagi golongan atasan
Cikgu Hairul says
Mereka tak merasa semua kenaikkan tu..
Shack@AnjungMaya says
seharusnya kementerian harus tegas dalam isu ni..xda guna pelarasan gaji jika barang pun turut naik harga..kesan jelasnya pada golongan yg berpendapatn sederhana/rendah yang tidak terlibat dgn kenaikan@pun pelarasan ini,yang tiada punca pendapatan yg tetap.Kasihankan mereka,takpa klu PM bagi golongan ni wang saku RM500 sebulan support pndapatn harian mereka utk blnja dapur..tentu itu mustahil bukan.
Cikgu Hairul says
Pemberian imbuhan wang kepada rakyat sesuatu yg kurang praktikal bagi membedung kenaikkan harga barang. Itu cuma satu usaha bagi menambah masalah rakyat sebenarnya.
faezah hannah says
yg miskin semakin miskin. yg kaya semakin kaya..xjemu mencari sinar gemilauan material,semakin dia lupa..org kaya seperti semut yg diberikan kepak. once dapat kepak ia akn terbang tinggi2.. tinggi terbang menghentam lampu..lampu dihentam semut pon jatuh, kepak pon patah..sudah bergerak berdengket-dengket..barulah ia sedar..
Cikgu Hairul says
Sungguh dalam maksud perumpamaan ini..