PRU13 semakin hampir. Sana-sini kelihatan bendera parti politik berkibar megah. TV dan radio pun dah giat berkempen. Pendek kata, musim ini musim panas. Semua isu pasti dipolitikkan. Tak percaya tengoklah sendiri.
Ini kali kedua saya layak mengundi. Kali pertama tahun 2008 nama saya ada di dua tempat berbeza. Malam sebelum hari pengundian, nama saya ada di kampung kelahiran saya. Tapi pada hari pengundian, nama saya berada di tempat lain. Nama kampung yang sama, negeri yang sama tapi daerah yang berbeza.
Kenapa jadi macam tu saya pun tak tahu. Kali ini harap-harap tak terjadi lagi perkara macam tu. Bukan dekat nak balik mengundi. Itu semua kos peribadi. Tiada dana dari kerajaan untuk tambang balik mengundi. Bagi sesetengah negeri mungkin ada peruntukan khas. Tapi saya yang duduk di Johor Darul Takzim masih belum dengar lagi peruntukan seumpama itu. Tanggungjawab punya pasal, saya relakan jua.
Berkemungkinan PRU13 dijalankan pada cuti sekolah bulan March ni. Banyak sekolah dah terima tempahan dewan. Tapi tak tau untuk apa. Mungkin.. ini cuma kemungkinan jer. Maknanya kalau nak bercuti kena planning baik-baik. Cikgu-cikgu pun dah ramai yang pegi taklimat SPR. Kita tunggu saatnya untuk memilih pemimpin yang boleh membawa negara kita ke persada dunia. Paling penting pemimpin itu mestilah pemimpin yang tak tinggal solat.
Jom kita mengundi. Setiap undi adalah berharga. Jangan sampai tersalah pilih pemimpin. Masa inilah kita nak perbanyakkan solat istikharah. Walaupun tak tahu sapa calon yang layak lagi, tak ada salahnya kita mohon kepada Allah supaya kita memilih pemimpin yang betul. Mohon kepada Allah supaya kita tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah kerajaan dan janji-janji pembangkang yang tak betul.
selamat mengundi cikgu..saya masih belum layak sebab baru mendaftar..hehehe
Baru tu dah cukup 3 bulan ke blm? Nanti sebelum mengundi boleh check samada kita layak ke tidak.
betul tu jgn lupa cek mana tau layak mengundi
kena bertugas semasa hari mengundi huhuhu
Bertugaslah dengan penuh amanah bro.
insyaAllah, amanah itu akan dipegang dengan baik…
Tahun ini PokCIk mengundi POS ajer…Sebab kena Jadi SPR punya orang….berkhidmat untuk negara
Pastikan pemilihan itu nanti telus PokCIk. Nanti kita akan dipertanggungjawabkan kalau berlaku penyelewangan depan mata lalu kita tak buat apa-apa.
belum pernah mengundi. InsyaAllah tahun ni kali pertama. Bg tip skit camne nak tau calon tu tak tinggal solat? Ada diantara diorg ni propa lebih, depan baik blkg nauzubillah…
Ustaz saya ajar.. tengok dia kat masjid. Kalau dia selalu berjemaah dengan kita tu maknanya solatlah. Kalau dia mendakwa dia solat di rumah, itu tak comfirm lagi. So yang paling comfirm ialah dia berjemaah bersama-sama dengan kita.
kalau tarikh mengundi akhir bulan 3 saya dah layak dah sebab saya mendaftar pertengahan bulan 12..nanti dah nak mengundi saya semak sekali lagi.
yang layak mengundi, silalah ye mengundi. jangan tidur aje kat rumah..
takde pengalaman mengundi lagi setakat ni..