Selama dua minggu saya berada di Kuching untuk pameran kain tenun Iban, Pua Kumbu di Old Court dalam program Rainforest World Music Festival 2017 dari 7 Ogos hingga 16 Ogos 2017. Balik ke Semenanjung ni masih terasa penatnya.
Di ruang pameran setiap hasil tenunan dipamer dengan teknologi Augmented Reality (AR). Visitor hanya perlu download app Pua Explorer dari Play Store atau App Store kemudian halakan kamera smartphone ke arah mana-mana pua (kain tenun) dan informasi mengenainya akan terpapar di skrin telefon.
Terdapat satu pua yang istimewa yang dinamakan Kara Merayung, selain memaparkan informasi, ia mempunyai 11 motif beranimasi. Jadi dapatlah lebih difahami maksud disebalik motif yang ditenun pada pua kumbu tersebut.
Penenun sebenar dari rumah panjang Garie turun hadir dan meneruskan rutin hariannya. Visitor berpeluang berkenalan dan melihat sendiri bagaimana kerja-kerja menenun dilakukan.
Paparan video di dalam galeri memaparkan kisah lebih mendalam proses yang dibuat di rumah panjang.
Berakhirnya pameran Pua Kumbu di Kuching bukanlah penutup, pameran ini akan diulangi dalam Festival di Pulau Pinang, minggu hadapan.
Jumpa di sana.
Anuar says
Bila sebut Pua Kumbu ni teringat semasa saya bertugas di Politeknik Mukah Sarawak dulu…
Sijil Konvo pertama saya yang design… Disebabkan nakkan kelainan berbanding Design Sijil Konvo politeknik-politeknik yang lain, saya jadikan Pua Kumbu sebagai “penyeri” sijil tersebut…
Amar says
Tahniah. Suatu pengalaman yang menarik tu. Diberi kesempatan design Sijil Konvo. Bukan semua orang boleh dapat.
Gum Arabic Al-Manna says
Aktiviti menenun dilakukan dengan penuh teliti dan kreativiti.
Khairul Zamri says
Ramai juga yang update tempat menarik di Sarawak, insyaAllah ada rezeki nanti nak juga jejak kaki ke negeri menarik ini.
Ira says
Perkongsian pengalaman yang menarik.
Syakilla Azam says
Dah lama bercadang nak ke Sarawak… InsyaAllah ada rezeki lebih Killa nak juga jejakkan kaki ke sana.