Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pua Kumbu, Pua Explorer Dan Augmented Reality

Pua Kumbu, Pua Explorer Dan Augmented Reality

22 May 2016 by admin

Bismillahirrahmanirrahim.

Bukan tentang masa yang tidak menunggu kita, tapi tentang masa yang berkadar langsung dengan teknologi. Hari ini bidang komputer dan Multimedia tak dapat tidak, mesti berbicara perihal Augmented Reality (AR).

AR ialah teknologi Visi. Ia melebih-lebihkan realiti. Contoh paling mudah kegunaan AR ialah app yang digunakan dalam smartphone, samada iPhone atau Android phone atau Windows phone.

Antara app yang menggunakan AR ialah “Pua Explorer“, boleh download dari Play Store. Pua Explorer digunakan di Pameran Textile Tales of Pua Kumbu yang berlangsung di UMAG, Level 5, Canseleri, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia berlangsung sehingga 30 Jun 2016 ini.

Pelawat hanya perlu install app Pua Explorer ke dalam Android phone untuk pengalaman AR. Jika tak download lebih awal, masih boleh download ketika digaleri UMAG. Ada WiFi percuma, cukup cepat untuk download app Pua Explorer ni.

Selepas install, buka app Pua Explorer dan halakan saja pada setiap Pua Kumbu yang tergantung di dalam galeri, Pua Explorer akan paparkan nama-nama setiap Pua Kumbu yang tergantung, dan sebagai bonus, terdapat satu lagi pua terpilih (Karak Merayung) yang diletakkan di atas deck yang setiap motif di atasnya boleh diimbas dengan Pua Explorer. Outputnya pelawat akan dapat melihat motif-motif di atas Pua Kumbu yang satu tu berubah menjadi karakter yang dimaksudkan dalam kisah Pua Kumbu.

Sebagai kenangan, sebahagian corak dan motif Karak Merayung telah dicetak di atas kanvas untuk jualan di galeri. Ia juga boleh diimbas menggunakan Pua Explorer. Seperti membawa pulang Karak Merayung yang sebenar.

Selain itu, terdapat 2 frame gambar di dalam galeri yang bila diimbas dengan Pua Explorer, AR akan paparkan video seakan gambar itu benar-benar hidup. Ia juga boleh mengimbas Ruai Rumah Panjang untuk melihat video suasana di dalam rumah panjang. Cuma yang ini tak boleh di bawa pulang.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Khairul Zamri says

    25 May 2016 at 23:25

    Bagus juga ni nanti nak cubalah dekat phone pasni

    Reply
  2. Mus says

    15 June 2016 at 15:10

    canggih juga apps ni ye

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in