Dah lama tak dengar program yang gah satu waktu dulu. Sekarang apa yer yang tinggal dengan projek tu. Jika ditinjau perkampungan yang ikut serta program ini memang dah ada prasarana lengkap. Tapi tak tau sejauh mana ianya dimanafaatkan untuk rakyat.
Kesan daripada penubuhan Pusat IT Desa memang ketara. Ramai anak-anak desa celik IT. Mak bapak dah pandai guna internet untuk berniaga. Bayar bil pun dah tak mau beratur di pejabat pos. Semua buat online. Duit hasil sawit, getah, tangkap ikan semuanya masuk bank. Sekarang transaksi bil, shoping transfer duit anak kat U semua online.
Alhamdulillah… Banyak dah perubahan yang kita nampak. Dari zero ke hero. Perkembangan mutaakhiir ini, syarikat telekomunikasi berlumba-lumba upgrade line 3G ke desa-desa. Mereka tahu pasaran semakin luas di sana. Ada syarikat yang lagi proaktif… Beri Netbook percuma bagi setiap langganan broadband mereka. Makin berekmbanglah pengetahuan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program kerajaan yang satu ni nampak berjaya. Cuma perlu ditambah baik dari segi pemantauannya. Ilmu it mesti disebarkan dan diajarkan kepada semua orang. Pusat IT Desa mesti dijadikan pusat info yang berguna untuk rakyat. Jangan dijadikan Gajah Putih.
Pusat Internet Desa ni kalau tak silap dulunya disebut sebagai Medan Info Desa (MID). Ada juga isu pentadbiran di kampung-kampung yang turut serta tapi rasanya tak kronik sangat. Semua tu berjalan dengan dana Kementerian. Jika tak ada gangguan dengan dana, ia tetap akan berjalan seperti mula-mula dulu, malah lebih baik. InsyaAllah.
Pembetulan…Pusat Internet Desa (PID) dan Medan Info Desa (MID) adalah 2 entiti yang berlainan. PID dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan manakala MID dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Konsep dan matlamat hampir sama iaitu merapatkan jurang digital dengan memberi latihan ICT kepada komuniti luar bandar.