Semua orang tahu parlimen dah bubar. DUN mungkin hari ini akan dibubarkan. Maka bertebaranlah calon-calon parti politik menagih undi, mengharap simpati agar dipilih menjadi pemimpin lagi.
Tidak ketinggalan juga dengan blogger-blogger tegar seantero Tanah Melayu. Macam-macam tulisan boleh kita jumpa. Kalau sebelum ini banyak cerita pasal makan-makan, shoping-shoping, traveling-traveling, kini mereka tak lepaskan peluang turut sama menempekkan entry kempen.
Ideologinya yang kita tak berapa nampak dulu, kini dah semakin nyata. Sokongannya yang kita tak nampak dulu, kini sudah boleh dibaca. Tulisan-tulisannya akan menampakkan siapa yang disokongnya.
Tak kesahlah sapa yang nak disokong. Blogger yang punya kelebihan pandai menulis harus menjaga etika berbeza pendapat. Jangan kondem orang setengah mati, tapi tak sedar, diri sendiri punya kelemahan yang serupa.
Elok-elok kita boleh jadi kawan, tiba-tiba dek kerana kelalaian kita, habis semua kawan terasa hati dan melarikan diri. Bab politik ni lain macam sikit sensetifnya. Silap tulis, buruk padahnya.
kita kena berhati-hati dalam penulisan terutamanya yang melibatkan politik..
bahaya tulis bg pendapt ringan2 dh lah hooo
buatlah pilihan yang terbaik utk masa dpn malaysia
Peringatan yang bagus..kena pada masanya cikgu..
Mmg peringatan yg wajar kita fikir dan hadami betul2. Takkan sebab politik kita nak putus kawan, putus saudara (perkara ni mmg pernah berlaku kat tmpat ambe)
Status@entri kita kalau boleh biarlah nampak bijak dan matang.
Pilih dengan rasional bukan emosional.
Peringatan yang baik untuk kita semua menjelang pilihanraya
Assalamu’alaikum..:)
Kak Ummi ikuti perkembangan politik tanahair dalam sengap dan diam ….pendapat sembang-sembang dalam rumah ja…kalau berlebih-lebih nanti….
Jom kita berpantun sambil meriahkan blog kak Ummi… 😀
Peringatan yang sangat berguna. Memang kena tengok kiri dan kanan kalau nak tulis hal politik ini.
politik ni kotor.x suka.
politik yang sebenar tak kotor. sebab ianya bagus kerana dapat menentukan kepimpinan negara. sebuah negara memerlukan pemimpin yang bagus dan dihormati oleh semua.
ahli-ahli politik dalam malaysia ni yang menjadikan politik itu kotor
undi adalah rahsia..hehe..
x salah berbeza pendapat..tp jgn sampai bermasam muka pula..
Setuju tu IM. Apa guna politik siang malam, tp ukhwah sesama saudara hilang dan hancur
wanau’zubillah
rahsiakan pilihan anda…baru selamat 😀
insha allah.. tapi teknologi semakin canggih. serahsia mana pun pilihan kita, kalau ada yang nak selongkar… akan jumpa juga.
Saya ambil keputusan yang selamat untuk tidak menulis pasal politik.
alhamdulillah.. ramai yang berpandangan macam ni.
Dalam menulis.. otak harus lebih pantas daripada jari..
jangan lupa pulak semak semula apa yang ditulis. kalau pantas sangat, takut apa yang ditulis tak sama macam yang otak fikirkan.
saya lagilah tak tulis pasal politik ni
itulah yang sebaiknya bro. takut juga tulisan kita disalah tafsir
politik oh politik…… sungguh tajam perkataan ini skrg….. cepat2 lah selesai PRU…
Insha Allah.. tak lama je lagi. Seminggu dua ni kita pekakkan telinga.
aku ada juga tulis
sekadar dari arah tepi je
hehe
Menulis demi kebenaran dan membuka minda masyarakat takpe cikgu.. bukan menulis untuk memburukkan mana-mana pihak.
haha. memang terbaiklah punya banner.
setuju!
pernah jugak zida teringin nak tulis pasal politik semua ni, tapi nampaknya tak berkemampuan lagi, memandangkan ayah pun tak bagi masuk campur lagi (kerana alasan umur tak cukup lagi) haha
I constantly spent my half an hour to read this blog’s content all the time along with a
mug of coffee.