Disaat negara digegarkan dengan serangan cyber, ada sebilangan rakyat Malaysia bertepuk tangan gembira. Kononnya bagi membalas tindakan kerajaan membenteras jenayah. Dikala kerajaan bertungkus lumus membenteras jenayah cetak rompak, ada dikalangan rakyat Malaysia yang secara terang-terangan menyokongnya. Patriotik kah kita?
Rakyat Malaysia Tidak Patriotik.
Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kerana ketidak patriotikkan kita, negara menjadi hancur lunyai. Akibat dari tidak keupayaan kita menahan amarah diatas tindakan kerajaan, kita menyokong tindakan orang luar menyerang kerajaan. Kita tumpang bangga dan tumpang gembira dengan kesusahan itu. Ingat kita juga akan dapat tempiasnya. Patriotikkah kita?
Rakyat Malaysia Tidak Patriotik.
Ingat peristiwa kejatuhan Iraq satu waktu dulu? Saddam Hussein yang dikatakan zalim bertungkus lumus menahan serangan US. Dalam masa yang sama, sebilangan besar rakyatnya yang tidak patriotik menyokong tindakan US. Satu dunia tahu, Iraq sebelum itu sebuah negara berdaulat dengan seorang pemimpin ditaktor. Tapi rakyatnya hidup aman damai. Bila US menyerang, dikalangan rakyat yang berkepentingan dan tidak patriotik mengalu-alukan serangan itu. Akhirnya lihatlah sendiri keadaan sekarang. Adakah Iraq bertambah maju? Hidup senang kah rakyatnya?
Ingat lagi pada serangan US di Mesir? Tragedi di Mesir juga mempunyai warna yang sama di Iraq. Sebilangan rakyatnya yang tidak patriotik menyerang kerajaan. Malah ada yang sanggup menyokong tentera US menyerang kerajaan. Akhirnya seperti yang dapat kita lihat hari ini, mesir berada dalam keadaan yang tidak stabil. Ramai pelabur lari, ekonomi jatuh teruk. Siapa yang rugi? Adakah Muammar Ghadapi rugi? Saya rasa tidak. Rakyatlah yang menanggung kerugian dan kedukaan itu.
Ingat juga akan sejarah Tanah Melayu satu waktu dulu. Kesultanan Melaka jatuh akibat ada di antara rakyatnya tidak patriotik. Mereka membenarkan Portugis menyerang. Setelah jatuh, apa yang kita dapat?
Begitu juga dengan semasa penjajahan Jepun. Ada juga sebilangan rakyat Tanah Melayu menjadi Barua dan talibarut Jepun. Nah! kita dapat habuan dari sikap tidak patriotik kita sendiri.
Sekarang kita melihat kepada ancaman yang ada. Adakah kita menyokong? Adakah kita mahu menjadi tidak patriotik? Kita telah disajikan dengan paparan akibat dari tidak bersifat patriotik. Akhirnya diri kita yang rugi. Mahukah kita dijajah semula?
Amar says
Bukan seronok tapi mereka ni beri mesej kepada staf goverment yang dapat kerja dalam goverment dalam bidang IT tapi buta IT. Dapat kerja sebab Pak Menakan dia orang besar dalam jabatan.
Pak menakan bodo, ambil anak menakan bodo. Lama-lama dalam jabatan tu semua puak-puak bodo jer yang kerja.
Kalau tradisi ambil anak menakan bebal kerja camni berterusan. Anak orang kampung yang takdak kabel tu bila masa pulak akan dapat peluang? Sedangkan anak kampung ni bukan tak pandai, malah jauh lebih cekap menjalankan tugas.
Cikgu Hairul says
hahaha.. Betul tu. Satu tamparan gak pada mereka.
titan says
bukan masalah tidak patriotik. Tapi, benda dah berlarutan lama dan masalah masih tak selesai-selesai..takkan masih kat takuk tu lagi..
sebab tu ramai yang menongkah arus. Sebab terlalu patriotik la, mereka ni semua membuat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan..
sabtri says
tu Nik Aziz ambik manatu dia jadi ceo tu apa . sampai kena minta jawatan baru letak
cikgu hairul says
macam mana nik aziz boleh masuk dalam ni? Ada sesiapa boleh bantu? Tak ada pun artikel tu berkenaan nik aziz.. Tolon tolon tolon…..
Strider says
saya memang rasa yang tahun ini sambutan hari merdeka agak hambar..kesedaran tentang semangat patrotik sebenarnya terletak pada diri tanpa mengira agama bangsa, dan fahaman politik..Selamat Hari Merdeka bro..
Regards,
-Strider-