Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Empat Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

Empat Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

1 July 2013 by Cikgu Hairul

Rancang amalan apa yang nak dibuat di bulan Ramadhan. Itu pesan seorang ustaz kepada saya. Sambung beliau lagi ” tak ramai orang yang merancang beramal di bulan Ramadhan, rancang nak cari duit untuk raya memang ramai”. Terpukul kejap saya saat itu.

Lihat aje la usahawan-usahawan yang berniaga. Rancangan cukup rapi di bulan Ramadhan ini. Tujuannya bukan untuk mendapat ganjaran besar bulan Ramadhan, tetapi cumalah semata-mata mencari duit raya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kita lebih membesarkan raya.

Sepatutnya bila tiba bulan Ramadhan, rebutlah ganjaran besar yang Allah sediakan di dalamnya.

Solat terawikh jangan dilupakan. Bermula dari malam pertama sampailah malam ke tiga puluh pasti ada ganjaran. Cuma bulan Ramadhan je yang ada solat terawikh. Jangan sia-siakan peluang itu.

Kurangkan terikat dengan keduniaan. Kalau orang dulu-dulu, bulan Ramadhan mereka bercuti dari kerja. Sekolah pun cuti masa tu. Semua dipenuhi dengan ibadah. Zaman ini, takde la sampai nak kena bercuti sebulan. Cukuplah kurangkan aktiviti keduniaan. TV, facebook, twitter, blog, melancong, bersuka ria dan pelbagai aktiviti lagi. Hentikan cuma sebulan je. Tak kesah la orang nak kata kita ni ketinggalan tak tau sapa menang ManU lawan Aresnal ke, kita tak tau cerita terbaru kat TV ke.. Jadilah Aiman sekejap. Aiman tak kesah..

Al Quran Sebagai Sahabat Sejati
Al Quran Sebagai Sahabat Sejati

Baca al Quran. Lagi bagus tadarus la secara berjemaah. Cukup la dengan 5-6 orang sahabat. Tak pun dengan isteri dan anak-anak. Setengah jam sebelum waktu berbuka tu bacalah alquran. Sehari dapat satu juzuk, sebulan pasti dapat khatam. Kan indah macam tu.

Selain daripada baca al Quran, cuba tingkatkan perbuatan baik. Contohnya sekecil-kecil perbuatan macam senyum, pungut sampah kat office, tolong kawan dan macam-macam lagi. Semua tu akan menjadikan kita diredohi.

Banyak lagi amalan dan zikir-zikir yang perlu kita rancang setiap hari, jam, minit dan saat. Kita jadualkan setiap amalan kita supaya kita berjaya meraih ganjaran besar yang telah Allah sediakan untuk kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Rina says

    1 July 2013 at 09:47

    di bulan ramadhan mendatang semoga kita bisa mengumpulkan banyak amalan sholeh
    trims cikgu atas sharingnya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 July 2013 at 11:26

      Sama-sama. Tinggal beberapa hari lagi ni nak sambut ramadhan. kena saling ingat mengingati. almaklumlah, kita ni kan manusia yang sering terlupa.

      Reply
  2. Wan Fauzi™ says

    1 July 2013 at 12:33

    semoga amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 July 2013 at 09:36

      Insyallah.. sungguh-sungguh beramal dengan ilmu, pasti diterima Allah.

      Reply
  3. Hafizul says

    1 July 2013 at 14:43

    Terima kasih cikgu kongsikan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 July 2013 at 09:38

      Sama-sama

      Reply
  4. kakiblog says

    1 July 2013 at 18:34

    kurangkan aktiviti blogging mungkin juga satu rancangan yang bijak atau mengeluarkan entri berasaskan agama lebih banyak daripada biasa.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 July 2013 at 09:39

      Itu mungkin langkah terbaik. Mustahil la kan… kita ni blogger tegar. Kalau tinggal terus mau mengigil satu badan.

      Reply
  5. TehR says

    2 July 2013 at 00:03

    bersihkan hati seikhlasnya
    moga2 amalan kita diterima

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 July 2013 at 09:40

      Bersihkan hati sebelum masuk bulan Ramadhan. Nanti dah ada dalam bulan Ramadhan senang nak beribadah.

      Insyallah.. banyakkan doa dan bersangka baik dengan Allah.

      Reply
  6. Enrique Black says

    2 July 2013 at 01:44

    Solat tarawih merupakan satu sunnah yang amat dituntut bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakannya pada malam bulan Ramadan. Sabda baginda : “Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.

    Reply
  7. fyna says

    5 July 2013 at 13:48

    terima kasih dengan perkongsian ini. tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan bulan yang penuh keberkataan itu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in