Ranjang adalah tempat bagi suami isteri menyelesaikan masalahnya. Di atas ranjang itu pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah berbincang dengan tenang tanpa ada sebarang gangguan.
Kenyataan itu aku buat sebab terlalu ramai pasangan suami isteri yang suka mencanang masalah mereka di facebook. Macam-macam status di facebook keluar. Ada yang terluahkan perasaan kecewa, marah dan bengang pada pasangan di status wall masing-masing. Memang betul wall facebook anda tu anda yang punya. Anda berhak menulis apa sahaja.
Memanglah status facebook ada tulis “what’s on your mind”, tapi tak semudah itu kawan. Bukannya hal dalam ranjang pun nak tulis bagi semua orang tau. Itu salah konsep whats on your mind!
Kalau nak mengeruhkan lagi keadaan, silalah buat macam tu selalu. Cananglah apa saja di wall facebook anda. Insyallah hubungan akan bertambah teruk dan terus putus.
Kenapa ranjang paling sesuai tempat menyelesaikan masalah? Ranjang adalah satu tempat istemewa suami isteri. Tempat yang penuh rahmat. So berbincanglah dengan baik. Jangan mengeruhkan keadaan dengan mencanang masalah rumahtangga anda di facebook.
Bagi perempuan yang suka sangat mencanang kedukaan dipermainkan suami, hentikanlah. Terkadang ego lelaki itu tinggi. Mereka mudah hilang pertimbangan lalu sesuatu yang buruk bakal berlaku. Bila lelaki merasakan isterinya lebih senang menceritakan aibnya pada seluruh rakan facebooknya… kelakiannya akan tercabar. Bersedialah bersendirian! Kewajiban isteri menjaga maruah suaminya itu tak pernah terpadam dalam alQuran.
Salam Cikgu Hairul.
Yup! Saya setuju banget!
Masalah yang melanda dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan dengan penuh kematangan.Dan tempat yang paling sesuai ialah di ranjang ataupun cari ruang untuk berdua-duaan bagi merungkai kekusutan… Kalau luah dalam facebook, memang sengaja cari masalah tu!
Selamat hari raya Aidilfitri , maaf jika ada tersalah taip perkataan :))
Jepun pandang ke barat untuk kemajuan, Apa nak jadi dengan Malaysia…