Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Rembrandt van Rijn, Sapa dia ni?

Rembrandt van Rijn, Sapa dia ni?

15 July 2013 by Cikgu Hairul

Sumber : http://www.independent.co.uk/
Sumber : http://www.independent.co.uk/

Hari ini Google telah meletakkan satu gambar yang agak pelik di ruang cariannya. Siapa agaknya orang itu? Ada yang kesah, Aiman je tak kesah. Saya tercari-cari di Google. Oh rupanya beliau seorang pelukis terkenal dari Belanda. Beliau diabadikan dalam laman carian Google sempena hari kelahiran yang ke 407. Orang dimaksudkan ialah Rembrandt van Rijn kelahiran Leyden, Belanda adalah seorang pelukis yang terkenal.

Dunia mengiktiraf beliau adalah seorang pelukis berkebolehan. Rembrandt telah menghasilkan banyak karya agung. Di antara karya yang paling terkenal ialah seperti The Night Watch (1642) dan The Anatomy Lesson of Nicholaes Tulp (1632).

Apa yang menariknya beliau merupakan orang yang berjaya semasa hayatnya, tetapi menjalani kehidupan sederhana, dan telah dikuburkan di sebuah kubur yang tidak bertanda.

Walau bagaimanapun, beliau mempunyai koleksi potret sendiri, yang dilukis semasa hayatnya sejak mula berkecimpung dalam dunia lukisan sehingga tahun kematiannya, pada usia 63.

Dan gambar yang terpampang ini adalah salah satu potret beliau sendiri, yang dilukis pada tahun 1659 memaparkan Potret sendiri dengan Beret serta baju berkolar tinggi.

Terjawablah persoalan siapa sebenarnya Rembrandt van Rijn yang dipaparkan dalam laman carian Google pada hari ini 15 Julai 2013.

Sekali sekala melihat orang ternama dari dunia orang bagus juga. Sekurang -kurang takde la kita ni dikata macam katak bawah tempurung. Cuma tahu sejarah sendiri.

Rujukan : http://www.independent.co.uk/

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. kakiblog says

    16 July 2013 at 05:40

    saya buat tak perasaan je orang tua tu..tapi ia sebenarnya amat bermakna kepada peminat seni dunia.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 July 2013 at 19:04

      Mungkin kita yang tak berapa seni ni kalau tak ambik tau pun takde salahnya kan.

      Reply
  2. zool says

    16 July 2013 at 08:22

    pelukis tu.. kita lukis gambar ayam jadi batu.hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 July 2013 at 19:04

      Beruntung jugak jadi batu. Kalau tak jadi apa-apa lagi la haru..

      Reply
  3. suri says

    16 July 2013 at 09:53

    mereka benar2 menghargai seorang pelukis…kita kt malaysia ini jarang ada yang sebegitukan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 08:29

      Jarang sangat. Sebab tu la ramai artis kategori pelukis kita berkarya di luar negara. Bila dah terkenal barulah TV3 buat interview dan konon seluruh rakyat berbangga dengan kejayaannya.

      Reply
  4. daddydee says

    16 July 2013 at 09:54

    Terima kasih atas info in. Saya pun tak pernah kenal dan tahu siapa van ini. Robin van Persie saya tau.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 08:44

      Kebetulan je tu. Tengah takde idea menulis dari hati.

      Reply
  5. titan says

    16 July 2013 at 12:16

    aku ingatkan siapa tadi. haha..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 08:57

      Dia bukan sapa-sapa pun pada kita. Dia cuma hebat di mata Google.

      Reply
  6. donnyien says

    16 July 2013 at 13:37

    good info cikgu.. saya pun perasan juga siapa agaknya orang di google search tu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 06:45

      Saya pun baru perasan waktu malam. Tinggal beberpa jam je lagi nak hilang gambar tu.

      Reply
  7. nazra says

    16 July 2013 at 15:47

    dah lama tak amek tau hal sejarah sejak dok amek tau hal kesihatan ni. hhaahhahaha -_-

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 06:41

      Ambik tau apa yg kita suka je. Itu lebih tak memeningkan kepala.

      Reply
  8. Joe says

    17 July 2013 at 00:18

    Die nie femes kot. Lukisan die cecah ribu ribu kot. Ade satu teknik luksian die yg unit. Die lukis kat plat, then diorang tekap dekat kertas untuk hasilkan gambar. Haritue, lukisan tekapan ke-3, harge dit US$3000.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 06:42

      Fuhh kaya tu. Walaupun karyanya berharga ribuan dollar namun hidupnya sederhana.

      Reply
  9. Mus says

    18 July 2013 at 14:01

    orang-orang seni.. pasti kenal dia ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:40

      Sudah semestinya..

      Reply
  10. Hafizul says

    20 July 2013 at 13:38

    Seronok kalau kita pun, akan dikenang-kenang mcm ni..puluhan tahun, ratusan tahun masih dikenang-kenang..emmm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in