
Sabtu lepas sukan rentas desa di sekolah. Sudah bertahun sukan ini diperkenalkan di sekolah. Masa aku sekolah di kampung sangat seronok untuk merentas desa. Macam-macam ragam boleh kita jumpa. Ada yang kena kejar monyet, ada yang tumpang lori bawak kelapa sawit, ada juga yang tumpang basikal. Kenangan semua tu.
Sekolah luar bandar mungkinlah sesuai namanya rentas desa. Sekolah di tengah-tengah bandar besar Kuala Lumpur ni nak namakan rentas desa juga ke? Bolehla.. Asalkan tujuannya sama. Aktiviti luar untuk memerhati keindahan alam.
Seawal pagi semua dah berkumpul. Menariknya ibu bapa pun ikut sekali. Dulu masa aku sekolah, mak bapak tak ikut pun aktiviti macam ni. Sekarang nampak sedikit pembaharuan. Pembaharuan yang lebih baik sebab akan menambahkan kemesraan antara anak, ibu bapa dan pihak sekolah.
Kenangan merentas desa yang tak dapat dilupakan? Hahah.. kena kejar dengan monyet. Maklumlah, kawasan kampung. Kanan kiri jalan masih dipenuhi hutan lagi. Monyet je la yang mengiringi.

Sekarang pulak, murid-murid terdedah dikejar anjing masa rentas desa. Maklumlah sekarang rentas desa di dalam taman. Mungkin satu hari nanti kita kena ubah nama sukan kegemaran tu. Rentas Bandar la pulak.
Bila cikgu bercerita pasal merentas desa – ingat kenangan lama.
Kenangan yang sangat indah untuk kita. Lebih-lebih lagi bila nampak murid2 sekolah buat aktiviti macam ni.
Letih woooo.. merentas desa ni! ๐ Teringat cerita zaman sekolah dulu-dulu..hehe
Tu yang ada tumpang lori bawak sawit tu. hehe klaka pun ada bila diingat semula.
Kalau kat bandar ni memang patut tukar nama kot… jadi “merentas bandar”, “merentas perumahan” @ tak pun “ukur jalan”… ๐ Tapi sebetulnya, masa ni memang budak cukup seronok…
Seronok sebab bebas. Sekarang pun mereka seronok sangat. Nampak sangat mereka terkongkong di rumah. Bila dapat keluar, dengan menjerit tak tentu hala, belari.. Usik kengkawan..
oh betapa manisnya saat itu heee..gempak hak klu ibu bapa joit baru ank2 terasa teruja masa merentas nnti
Yang sebenarnya cikgu2 taknak kawal sangat murid2 tu bila kat luar. Biarlah mak bapak tengok kegembiraan anaknya bila diluar..
saya dulu rents desa dpt no 3 jer huhu
Mesti kuat lari kak suri ni..
Aktiviti merentas desa antara paling dibenci kalau seklah sesi petang yang panas terik. Cikgu pula paksa berlari. Kalau sesi pagi tak apa. ๐
Sekarang buat hari sabtu pagi. Tak tau la kalau ada sekolah yang buat petang.
Betul juga tu cikgu … merentas bandar … hehehehe
Tunggu saya jadi menteri pelajaran baru boleh tuko nama sukan tu. hehehe
Wow … murid2 pompuan yang comel tu sambil minum siap peace lagi …. ๐
Budak baru nak naik.. Gediknya lebih sikit.
erkk..cikgu panggil anak murid gedik..ehhee
Hahah.. Kadang2 tu bila rasa dah melampau ada juga terkeluar.
time chii dulu..x berpeluang merentas desa..x berapa sure kenapa..
tp budak2 skrg ni..baru je masuk skolah..da sibuk praktis utk merentas desa
Dulu sek menengah je. Sekarang sek rendah pun sekali.
dah setat dah musim lari-lari nih..hehe
Jangan lari dari rumah sudah la ye.. Poning palo..
ohh..dah settle ye merentas desa.sini belum lagi..hari ni baru start latihan pertama
Masing-masing kena cargas.. Banyak program menanti. Kan tahun ni masa persekolahan dipendekkan. Nak kejo silibus.. Hehehe
ade ke merentas bandar??huhu
Ada je.. Nanti akan dicadangkan nama baru tu.
Saya tak suka merentas desa.lari nyer tak sampai 2 jam.letihnya sampai 2 hari.balik rentas desa sure tido mati.sekarang kalau aktvt merentas desa memang parent join sekali.mungkin nak make sure anak tak melencong tempat lain.maklumlah buat hari cuti..disamping tu inilah masanya untuk parent spend time dgn anak2.. Parent yang top 5 pun dapat hadiah.tu yang best tu.cayalah!Tak semua sekolah yang ada inisiatif macam tu…
kena pastikan jangan ada yang mengelat.. budak budak sekarang ni panjang akal hehe ๐
mesti ada yang pengsan-pengsan?
ramai tak cikgu?
Tak ramai pun. Bila ada aktiviti hari sabtu memang ramai yg tak suka. Sabtu kan kebanyakkan murid ada tuisyen.
Teringat zaman lari2 curik zman skolah dulu2..hahaha…mmg funny..
p/s : anda di #tag untuk segmen ini http://faizfakhirin.blogspot.com/2012/03/7-perkara-sebelum-mati.html
zaman skolah mmg zaman paling best…huhu
waw serunya jalan santai
Kenangan masa merentas desa…sampai je garisan penamat, guru besar tgh bagi hadiah pd pemenang. Hahaha.