Teringat masa bujang-bujang dulu. Bila malas nak keluar makan sahur aku suka masak nasi goreng. Menu simple je. Senang nak buat dan tak mengecewakan. Kadang-kadang beli kat kedai rasa je sedap, tapi cara penyediaannya tak bersih. Bahannya pulak boleh buat aku botak kepala.
Bila dah kawin, aku try masak resepi ni untuk bersahur. Nasi goreng kampung yang dicipta khas oleh aku. Tak tiru sapa-sapa punya tau. Terbukti… resipi ini buat isteri aku menjilat jari. Hehehe.
Resipi Nasi Goreng Kampung. (Untuk 2 orang makan)
Bahan-Bahan.
- Nasi 2 pinggan ( masak masa nak tidur)
- Ikan Bilis segenggam.
- Bawang merah 2 ulas.
- Cili padi 7 bijik. Kalau nak rasa cirit letak 10 bijik.
- Telur 2.
- Minyak masak satu sudu. Untuk rasa macam orang kaya sila guna minyak zaitun.
- Garam secukup rasa.
- Sayur ikut suka. Biasanya kobis atau sawi.
Cara Membuatnya.
- Bersihkan bahan-bahan.
- Tumbuk bilis, bawang, cili dan garam. ( Guna lesung batu)
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
- Setelah naik bau dan berasap satu dapur masukkan nasik. Gaul rata.
- Bila dah rata pecahkan telur atas nasi tu. Gaul bagi rata.
- Masukkan sayur. Jangan lama sangat atas api.
- Tunggu dah agak-agak kering, bolehla angkat.
Kalau nak letak serbuk kunyit pun boleh untuk tambahkan warna. Aku tak suka bewarna-warni ni. Aku suka yang simple-simple je.
Selamat mencuba hidangan nasi goreng resipi asli ini ye.
p/s: aku memang seorang lelaki sejati.
wahh!
boleh la try nanti. ^^
cuba la… tak rugi pun mencuba kan.. hehehe
Bestnya dpt laki yg pndai memasak..huhu..
Tak pandi sangat la Miss Farah.. Main campak-campak jer ni
sy semmgnya pegemar nasi goreng, sbb bla kat rmh dah tak tahu nak msak apa….ingat nasi goreng je.
klu kat off biasanya mkn nasi greng kerabu.
Nasi goreng masakan paling simple. Sedap pun sedap. Nasi goreng kerabu tu cam ne ye?
Makanan ni sungguh sedap bila makan cubalah.Tapi saya makan pedas.
assalamualaikum
Waalaikumsalam..
Tp kn, sya x ska mkn sya.. Leh x, law kite x yah letak sayur?
mksd sya sayur
boleh je. tapi tak seimbang la makanan tu.
resepi ni lbih kurg mcm resepi aq jgak.. just.. aq pnye last skali sblm angkt.. aq mskkn serai yg dh di potong halus2..