Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Royal Selangor Pewter Tempat Menarik Yang Tak Ramai Orang Tau

Royal Selangor Pewter Tempat Menarik Yang Tak Ramai Orang Tau

10 August 2017 by admin

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelmarin 08/08/2017 saya hadir ke Royal Selangor Pewter di Setapak Jaya memenuhi undangan Director Royal Selangor, Datin Paduka Chen Mun Kuen. 

Ini pengalaman tak terjangka yang mengubah persepsi saya tentang pewter dan Royal Selangor. 

Pewter Royal Selangor ialah produk pewter yang eksklusif tapi kilang pembuatan barangan pewternya dan bilik pamerannya bukanlah dihadkan kepada golongan kaya semata. Siapa-siapa pun boleh walk-in datang melawat. Samada untuk jamu mata atau lawatan sambil belajar. Sesiapapun dialu-alukan.

Royal Selangor ialah satu-satunya syarikat persendirian yang secara eksklusif dibenarkan menggunakan nama Royal, diberi sendiri oleh Sultan Selangor. Melihat hasil pembuatannya, ia melibatkan kesungguhan dalam penelitian penghasilan produk. Tak hairanlah harganya boleh jadi begitu mahal. Padan dengan kesenian dan kehalusan pembuatannya.

Saya telah diberi kesempatan mencuba bertukang sendiri sekeping plat pewter menjadi piring. Dan diberi sijil. Ada juga hasil tangan saya dalam menghasilkan produk pewter. 

Ada banyak hal nak diceritakan perihal Royal Selangor Pewter tapi lebih elok kalau pergi dan lihat sendiri. Masuk percuma. Mereka tak buat bisnes melalui tiket lawatan. Mereka hanya menerima wang dari orang yang menghargai dan mahu miliki hasil seni pertukangan mereka.

Jika tuan-tuan ada kelapangan, singgahlah. Ia akan jadi suatu lawatan yang bermakna.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anuar says

    10 August 2017 at 21:03

    Suka tengok pewter royal Selangor… semuanya cantik-cantik.. Quality terpelihara.. design tip top.

    Reply
  2. Ani Haryani says

    11 August 2017 at 12:45

    Selalu lalu je, tak taw ada pemeran, boleh tengok!

    Reply
  3. ira says

    20 August 2017 at 10:20

    seronoknya. kita suka tengok yang cantik-cantik ada pameran lagi.

    Reply
  4. Khairul Zamri says

    23 August 2017 at 21:24

    Harap dapat peluang untuk melawat juga nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in