Entah bila nak habis entri jalan-jalan ni. Maklumlah cuti sekolah, mana boleh sesiakan peluang keemasan untuk berjalan.
Semalam saya sempat berkunjung ke MAHA 2012 di Serdang. Expo pertanian terbesar di Asia Tenggara ini berlangsung dari 23 November sampai 2 Desember 2012.
Sepagi di MAHA terasa tak cukup masa. Terlalu banyak teknologi terkini dalam bidang pertanian yang dipamerkan. Kalaulah ada cukup masa, banyak ilmu yang boleh kita cedok.
Mekanisasi Pertanian
Teknologi dalam pertanian kian berkembang. Banyak peralatan dicipta bagi kemudahan para petani. Hasil pertanian dapat ditingkat berkali ganda. Tanpa teknologi canggih, mustahil pengeluaran dapat dilakukan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan manusia.
Saya cukup kagum dengan petani yang datang. Mereka bersama-sama dengan agensi kerajaan tak jemu-jemu mencari idea baru. MAHA telah dijadikan medan berkongsi ilmu tersebut.
Di antara peralatan yang dipamerkan.
[nggallery id=1]
Pertanian Akan Datang.
Teknologi pertanian dulu, kini dan akan datang mesti berbeza. Di MAHA ni, ada dipamerkan teknologi akan datang. Saya pun tak terfikir, teknologi secanggih itu akan digunakan nanti.
Diantaranya ialah teknologi nano, pesawat tanpa pemandu untuk memantau kawasan pertanian, dan teknologi satelite untuk memantau cuaca dan suhu. Inilah kecanggihan teknologi yang memastikan survival manusia akan datang.
Peluang
Ramai petani dari segenap pelosok tanah air mengambil manafaat daripada MAHA 2012. Bukan sahaja mereka menjadi pengunjung expo, malahan ramai juga petani moden yang menjadi peserta.
Di sini mereka berpeluang mempromosikan hasil ladang. Pengunjung juga berpeluang membeli hasil ladang terus dari petani. Disamping itu, petani dan pengunjung boleh mengembangkan perniagaan masing-masing.
Saranan..
Rugi bagi sesiapa yang ada kesempatan tapi tak berkunjung ke MAHA 2012. Hari ni, esok dan lusa ada lagi. Ambil kesempatan hujung minggu dan cuti sekolah untuk dapatkan ilmu percuma di sini.
Pertanian adalah perniagaan.
anif says
Saya antara orang yang rugi sebab tak dapat pergi ke acara ini…
Cikgu Hairul says
Bro duduk kat JB kan. Mungkin agak jauh JB-KL tu. Takpe la..
Leeza Dayasari says
wow….. Maha.. pernah pergi 2 3 kali jer.
Cikgu Hairul says
Esok cuti g la.. Tambahkan koleksi ilmu pertanian. Nak beli lembu baka brahman pun ada
titan says
memang rasa rugi habis nih..
Ibu Mifzal Arsyad says
setiap kali MAHA diadakan sy berkesempatan untuk berkunjung cuma tahun ini tak berkesempatan.
MAHA bagus untuk dilawati.
Jebeng Otai™ says
inovasi penggerak negara.. 🙂
sollehahn says
tak rugi sape yang pegi…huhuh…
aku pegi sampai 2 kali…berbaloi drive dr johor semata-mata nk g MAHA