Seusai solat subuh, berdoa mohon Allah mudahkan perjalanan kami, berikan kegembiraan buat kami dan kurniakan hari yang indah dan cerah sepanjang percutian kami di Sabah.
Tentatif 1. Round Island ( 8 pagi-4 petang).
Jam 6.30 pagi kami sarapan di restoran bawah hotel. Selesai sarapan, cari teksi untuk ke jeti Jesselton Point. Kalau jalan kaki dalam 20 minit. Naik teksi kene dalam RM15. Sepanjang perjalanan usya juga tempat yang mungkin patut pergi. Hmm..semua shopping Mall. Sampai jeti…yuhuuu…masa untuk memilih pakej terbaik untuk diri masing-masing.
Macam-macam ada..kat sini terpulang la pada korang nak ambil pakej mana. Nak round brapa banyak island..suka hati la. Sediakan duit je. Kat sini bajet agak besar sebab nak join aktiviti air. Kalau tak join, baik duk kat hotel je kan.. Cuma diingatkan, dalam tempoh 8 jam tu tentunya perut minta diisi. Bawalah bekalan mengikut kadar sukatan perut masing-masing. Kat pulau memang ada jual tapi mahal berganda. Ada pakej yang menawarkan set bbq untuk lunch, so hulurkan je kertas yang ada kepala Agong tu..
Antara pulau yang ditawan..
Gejebussss….ekceli, snokeling kat Pulau Kapas lagi best. Ikan lagi cantik-cantik…hehehe
Nak cuba yang ni pulak….layannnnn…sure best!!!
Tentatif 2. Round KK
Kami ambil bot balik awal sejam dari sepatutnya. Terus ke hotel. Kemaskan diri dan solat. Turun makan dan terus ke lokasi sekitar. Nak shopping sikit sebab esok pagi nak ke Ranau. Nak capai Gunung Kinabaluuuuu…
Lokasi wajib- Pasar Philipine. Beli keronsang sepapan, butang baju, gelang, itu ini yang berasaskan mutiara dan kristal..tak lupa juga benda yang si isteri wajib beli ~ fridge magnet.
Meriah sungguh pasar malam….mari-mari!!!! Murah- murah.. Jualan sayur2 macam kat pasar malam Brinchang, Cameron Highland. Di pasar ni ikan murah je..tapi lepas masak jadi mahal. Nak makan kat sini pun ok. Segar. Kita pilih, dia timbang, dia masak, kita makan…dan…kita la bayar… Macam-macam menu boleh kita oder.
Tu dia….menu dinner kami… Cuma nak merasa jer. Memang mabeles! Nyum nyum…
ABC cendol buah…pergh..
Ada berani??!!!… Seekor RM45 nih.
Sekitar pasar philipine
Ni la landmark tempat nelayan naikkan ikan..segar..terbaik dari laut!!!!
Bagi yang suka sangat shopping, boleh sambung aktiviti korang kat mana-mana shopping complex sekitar KK ni. Memang banyak..boleh kurangkan sikit duit korang yang bertingkat-tingkat tu.. Bagi saya dan isteri, cukup la tu.. Mau cari kereta sewa untuk esok..
Amar says
Semuanya tentang rasa. Tenggelam dalam rasa. Nanti transfer semua gambar masuk iPad. Kitorang nak tengok.
Amran says
okeh..
suriaamanda says
seekor RM45???SA kalau sekor mmg x cukup…sabar jer la…mahal jugak eh..ke dia ikut tempat?
Amran says
yup.. sekilo dalam RM100++. tapi saya tak ambik pun. macam tak berbaloi jer.
Rina says
Saya suka lobster, ngelihatnya jadi pengen memasak dan memakannya tu. Tidak kalah sedap dengan cendol 🙂
Amran says
lobster? wah.. tinggi tastenya ye.
suri says
macam best jer bila nak pergi tak tahu pulalah heee..suka tengok ikan bakar tu uh…
Amran says
memang best kak suri.. insyallah tahun depan dapat la pegi ngan hubby n anak-anak kan.. air asia sentiasa ada bukak offer free tiket kak. kena selalu alert ngan iklan.
ikan bakar tu kat umbai pun ada..