Aku terjebak dengan tawaran hosting murah. Sapa tak terjebak kalau tawaran tu cuma RM20 untuk 500MB storage dan free domain. Hosting sebesar tu aku tak heran sangat, sebab hosting yang aku guna sekarang ni pun 20G dah. Target aku cuma nakkan domain tu jer. Ingatkan dia bagi dengan domain managnment sekali. Tapi hampeh, takder dibekalkan dengan domain managnment. Maknanya takleh transfer, takleh tukar nameserver dan macam-macam lagi la yang tak bolehnya.
Sebelum ni orang puji melangit kata hosting tu takkan buat kita Sakit Jiwa. Bila dah order, aku yang Sakit Jiwa. Seminggu baru boleh up server tu. Katanya ada problem untuk regester domain. Dia suggest untuk regester kat tempat lain tapi tambah RM35 lagi untuk domain tu.. Manyak cantik.
Baru jer nak buat satu projek, disebabkan beberapa masalah webhosting tu aku batalkan jer niat. Burn la RM20 dari akaun PayPal aku. Huh! Sakit Jiwa..
Nasihat aku, sebelum membuat sebarang keputusan ada baiknya bertanya terus dengan tuan punya hosting. Contohnya boleh hantar email pertanyaan dulu. Tengok respond dia macam mana. Kalau lambat tu tandanya memang tak boleh harap la hosting dia tu. Nasihat atau preview dari rakan-rakan lain juga kena tengok. Ada kelemahan juga teknik ni sebab biasanya review tu just untuk tarik minat kita untuk beli dari link affiliate diorang je. Jadi sapa yang up lebih-lebih hosting dia tu hati-hati la yer.
Bukan semua Hosting Murah macam tu. Yangmacam tu cuma yang murah dan buat tawaran gila jer biasanya jadi macam tu. Aku tak nak cerita mana hosting yang dimaksudkan. Korang cari la sendiri. Setakat ni kat Malaysia ada 2 hosting buruk pernah aku jumpa dan terkena. Yang satu tu kalau boleh aku nak Paku jer. Yang satu lagi tu memang betul-betul buat orang Sakit Jiwa.
Okeshhhhh… Chowww
Anarm says
hosting yg satu tu memang rasa nak Paku je.. pernah gak terkena.. tp nasib baik tak terbabit lagi dengan gejala Sakit Jiwa..
Cikgu Hairul says
bro pun terkena juga. Hehehe, pengalaman mengajar kita.
Faisal Abdullah says
Dah pernah kena..skrg ni mash x dpt2 lagi RM300 lebih..klu sy bagi tahu nama,pasti korang terkejut punyalah..mmg skit ati ar dgn company tu..
Cikgu Hairul says
Biarlah ia menjadi rahsia.. hehhe