Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah syukur kita hidup lagi hari ini. Nikmat hidup yang tak patut kita sia-siakan. Bila hidup sihat sejahtera barulah boleh pergi melancong. Ye tak? Kalaupun tak sampai Korea, sampai ke Sabah pun jadilah.
Alkesah, nak saya mengomel sikit pasal syarikat penerbangan tambang murah yang sangat famous tu. Dek kerana mereka berjaya menanamkan sentimen “murah” dalam kepala otak orang Malaysia, maka syarikat lain punya perkhidmatan saya langsung tak pandang dah.
Saya tak nafikan tambang Air Asia memang murah. Saya dah beli banyak kali, last masa cuti-cuti di Kinabalu awal tahun haritu, tapi masa membeli tiket tu saya tak survey kat MAS, Firefly atau Malindo Air. Lorhhh.. camna tu? Ye lah, sebelum ni kalau nak terbang terus ke web Air Asia dan beli sebab saya menganggap tak ada syarikat lain yang bagi lebih murah dari dia. Berjaya kan Air Asia tanamkan mindset murah dalam kepala otak saya.. Hehehe
Kebetulan saya rancang nak pegi Tawau ujung tahun ni. Jadi saya survey la kat juga kat MAS. Masa nak tengok tiket kat MAS tu rasa seram jugak. Maklumlah, orang kata cuma businessman dan pegawai kerajaan je yang selalu terbang naik MAS. Saya gagahi juga semak tiket di web MAS.
Nah… Perbandingan di antara dua syarikat penerbangan hebat!
Nampak tak permainan dia? Ni harga tak masuk cukai, insuran dan bagasi lagi. MAS punya harga tu dah lumsum. Jadi mungkinkah istilah syarikat penerbangan tambang murah tu perlu ada standard yang sesuai untuk meggunakannya? Jangan suka-suka letak tagline tambang murah tapi hakikatnya semua orang tahu kan… Jangan kerana satu dua tempat duduk harga RM2, terus claim syarikat tambang murah. Tak gitu?
Apapun Air Asia membuka lembaran baru dalam pengalaman rakyat Malaysia mengembara. Tagline Everyone Can Fly memang berkesan. Start daripada itulah orang dah mula suka naik kapalterbang walaupun dari KL ke Terengganu. Cuma penumpang sekarang kena lebih bijak. Memang Air Asia bijak dalam mengatur strategi pemasaran, kita juga kena bijak memilih. Dua-dua syarikat ni banyak memberi manafaat kepada pengguna. Dua-dua ada kelemahan dan kekurangan. Bijak memilih, win-win situation. Jangan sampai kena tipu atau tertipu berulang kali.
amirulfaiz says
Aku belum pernah naik penerbangan domestik, sebelum ni pun naik flight, majikan yang bayar, jadi baru ni tahu tentang perbezaan harga ‘murah’ itu.
KHAIRUL AMRAN says
Untung la company sanggup bayar penerbangan.. Try la sekali sekala bro ke kl naik kapaltorbang..
paan says
setuju. perlu lebih teliti masa membeli. kena byk buat survey. kadang2 , nmpk tmbg murah , tp lum termasuk macam2 caj lain yg akan dikenakan…
Akhirnya jadi mahal juga.
KHAIRUL AMRAN says
Caj tersembunyi banyak sangat. Ada hati nak guna istilah tambang murah.
Raihanah Ahmad says
haa saya pun setuju, sebelum beli elok buat perbandingan dulu. kalau mas lagi murah memang saya pun akan pilih mas.
KHAIRUL AMRAN says
Kalau flight dirancang rasanya takde masalah. Kalau urgent tu yg mahal terlampau. Cuma dalam nak urgent sgt tu, tak salah cek dua2 syarikat.
Amar says
Istilah tambang murah tu untuk harga tiket sahaja. Bila kira total semua mahal juga. Strategi pemasaran memang selalu camtu. Harga murah yang diwar-warkan ialah sebelum cukai atau sebelum caj-caj tersembunyi. Kitalah kena memilih. Betul tu cikgu, kita kena cek beberapa pilihan sebelum beli. Entry yang perlu dihebahkan.
Azwan Anuar says
itu lah kuasa pemasaran. Air Asia dah ‘tanam’ dalam kepala otak kita tambang mereka murah. walhal banyak lagi hidden fee. nak salahkan mereka pun tak boleh. so kena jadi pengguna yang bijak je lah 🙂
muhammad fakhruddin says
Kena tengok habis-habis, tiket memang murah tapi tak semestinya termasuk cukai dan lain-lain kos.
Pernah sekali naik penerbangan domestik, itu pun sebab kawan ajak.