Alhamdulillah, saya baru selesai membaca buku “Hadith Kaunseling Gaya Nabi Muhammad” tulisan Pn Ainon Mohd. Memang terkena kat batang hidung sendiri bila membaca satu persatu mukasurat buku tu. Isu yang dikupas adalah cara mendidik gaya Rasulullah. Setelah membaca keseluruhan isi kandungan buku ini, pandangan saya terus berubah 100% terhadap kaedah kaunseling yang dijalankan sekarang. Memang sangat berbeza cara nabi dan cara barat dalam menyelesaikan masalah ummah.
Patutlah selama ini masalah disiplin di sekolah tak pernah selesai. Setiap minggu ada saja kes yang dilaporkan di akhbar. Sebenarnya kes yang berlaku lebih banyak lagi, tapi tidak dilaporkan. Iyelah, sekolah pun nak jaga nama baiknya. Bila disemak semula kaedah cikgu dalam menangani masalah disiplin di sekolah, ternyata sangat berbeza dengan cara Rasulullah. Kalau kita tak ikut cara Nabi, sampai bila-bila pun masalah takkan selesai.
Dalam buku ini ada dibincangkan hadith-hadith nabi yang menjurus kepada kaunseling. Bagaimana nabi menegur, memberitahu, membetul dan menyelesaikan masalah. Ia tidak hanya terpakai untuk anak-anak sahaja, malahan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Itu yang bestnya kaedah Nabi ni.
Kalau kita ingat dulu-dulu masa kat sekolah, ada kawan kita main bola sampai terkena cermin dan pecahlah cermin itu. Datang je cikgu, terus cikgu tanya macam-macam. Soalan cikgu yang biasa, sapa buat? dengan siapa dia main? kenapa main dalam kelas? bola sapa dia guna? kenapa tak main kat padang? dan macam-macam lagi soalan. Cikgu tanya dan tanya dan habis semua cerita keluar. Sampaikan kadang-kadang murid terpaksa berbohong sebab nak lepaskan diri. Akhirnya masalah cermin pecah tak selesai. Masalah murid main bola dalam kelas tak selesai.
Buku ini mengupas hadith nabi bagi menyelesaikan permasalahan seperti ini. Banyak percanggahan kaedah guru menyelesaikan masalah dengan kaedah yang nabi buat. Hakikatnya, masalah adalah masalah. Nabi jarang menyiasat sesuatu masalah sebab dikhuatiri membuka aib orang lain. Dalam permasalahan yang seumpama ini, Nabi akan beri penyelesaian terus. Penjelasan dan kaedah terperinci boleh dibaca di dalam buku ini. Bukan itu sahaja, kursus juga diadakan oleh Ustazah Siti Khadijah berpandukan buku ini. Kalau berminat usha-usha la facebook Usatazah Siti Khadijah.
Salahkah cara didikan kita? Mungkin ada yang tak kena. Saya tak salahkan 100% kaedah mendidik yang telah kita jalankan selama ini. Penambahbaikkan perlu untuk membentuk generasi akan datang ke satu tahap yang lebih dimuliakan.
leeza dayasari says
salam… leeza boleh katakan, nk mendidik anak murid di hadapan leeza skrg, bukan satu perkara yg mudah. kerjasama daripada semua guru, ibu bapa perlu ada. Setiap hari ada sahaja dugaan yg menguji. namun harus diharungi dgn tabah. moga2 anak-anak di hadapan leeza ni, dpt jd org yg berguna buat negra.
Amar says
Kaunselor kita banyak menerima pendidikan dari barat. Tentulah tak ikut Sunnah Nabi. Kaedah yang diguna pakai ialah dari Sunnah Babi. Kasar bahasa. Tapi inilah yang paling lembut yang selayaknya.