Bismillah, Assalammualaikum sahabat blogger semua. Sama-samalah kita berdoa semoga sempat jumpa Ramadhan 1433. Dah ready nak puasa? niat puasa, perkara yang membatalkan puasa, amalan-amalan sunat, amalan-amalan yang makruh, semua tu mesti dah terpahat rapi dalam diri masing-masing kan. Tinggal nak implimenkan je. Bermula petang ni kita kena rebut peluang yang Allah bagi sebanyak mungkin. Ini salah satu cara merempit ke syurga.
Apa pun saya nak juga share beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa. Mungkin kita tak tahu atau terlepas pandang. Takut-takut puasa kita cuma dapat lapar dan dahaga je.
- Makan dan minum di siang hari. Ni semua orang tahu. Kalau tak tahu tak wajib puasa.
- Berjimak atau bersetubuh di siang hari. Awal pagi lepas subuh pun tak boleh. Tapi sebelum masuk waktu subuh takpe.
- Tidur sepanjang hari.Ada juga orang macam ni kan. Jadi beruang kola berherbinasi. Tidur lepas subuh sampai maghrib.
- Pengsan sepanjang hari.
- Melakukan dosa secara berterusan. Contohnya mengumpat, tengok awek seksi, dengki kat orang. Ini yang orang terlepas pandang. Dalam berpuasa tak habis-habis dengki kat orang. Memang dah kerjanya dengki, nak buat macam mana?
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Rongga yang dimaksudkan ialah rongga yang tidak dapat dicapai oleh jari. Kalau boleh dicapai maknanya bukan rongga.
Dikesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf kepada semua. Selamat berpuasa dan selamat beramal. Moga Ramadhan kali ini menjadi madrasah terbaik buat kita.
tiba-tiba tersedar tang berterusan buat dosa, huih kena tahan diri daripada tengok movie-movie tak berpekdah la lepas ni. cerita-cerita korea + jepun kan banyak yang seksi seksa kann.
terima kasih cikgu sebab ingatkan! hehe 😀
Betul ka zida kalau kita buat dosa berterusan batal puasa? Saya baru je tau bila dengar tazkirah kat surau semalam.
boleh tengok lepas solat terawih ataupun sambil tunggu nasik masak untuk sahur 😀
Selamat Berpuasa bro..:)
Selamat berpuasa juga cikgu.
selamat berpuasa ya cikgu.. saya nak tanya, kalau suami isteri tidur bersama adakah membatalkan puasa mereka? tq.
tak de la batal kalo sekadar tido..tak buat apa2 kan..
Selamat berpuasa cikgu…
Sama-samalah kita berpuasa nanti.
salam ramadhan juga… esok ada kursus kepegawaian.
Puasa2 ada kursus.. penatttt…. heheh
terima kasih bagi peringatan. jarang orang sedar tang buat dosa berterusan ni. biasanya orang kita cakap cuma kurus pahala puasa je.
tu la.. saya pun baru je sedar lepas dengar tazkirah kat surau sblm posa haritu.
Hari pertama puasa biasanya macam-macam dugaan..
terlupa adalah alasan yang paling kerap didengar.. hehehe
terlupa takpe. jangn buat-buat lupa sudah.
Selamat Berpuase cikgu….
Selamat berpuasa juga.
tidur sepanjang hari kerana nak elak dari rasa lapar
hehe
selamat berpuasa untuk semua
hehehe.. memang ada yg buat camtu cikgu. sekali bangun petang tu siap boleh kata.. rasa kejap je puasa hari ni.
Sama sama menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan keberkatannya sama sperti 1000 bulan.
Menunggu malam al qadar dengan penuh pengharapan
kalo nk diikutkan lebih ssh nk elak terbatalnya pahala puasa dari sah puasa…hehe
kena sentiasa menjaga kelakuan untuk elak batal.
Betul tu bro..haha..tapi sama-sama la berusaha kearah tu..
selamat berpuasa. 🙂
jangan lupa makan cendol ekk..
sapa nak belanja ni? hehehe.
memang batal puasa kalau minum cendol disiang hari..hehe
Emm merempit kesyurga ekk..haha..selamat berpuasa cikgu..
Ambik peluang ganjaran yg belipat kali ganda.
Selamat menjalani ibadah puasa cikgu…:)
selamat selamat..
Ramadhan Kareeem… Moga lulus ujian madrasah Ramadhan…
Insyallah
Ada lagi satu…gila sekejap pun boleh menyebabkan batal puasa. 🙂
betul tu.. tapi yg tu jarang orang biasa kena.
oo baru tahu maksud rongga tu yang tak boleh dicapai dengan jari.. nice sharing bro.. terima kasih
yup.. ramai keliru tentang tu.
selamat berpuasa jugak cikgu..juadah apa untuk berbuka?:)
selamat hari raya cikgu..
eh..selamat menjalankan ibadah puasa buat cikgu dan family =)
Selamat hari raya juga.. Heheh 🙂