Selamat Tahun Baru 2013..
Tiap-tiap tahun itulah ungkapan yang terpacul bila tiba 1 Januari. Ucapan di alam maya mahupun di alam realiti. Sama sahaja.
Azam? Masing-masing menanam azam baru. Kununnya sebagai semangat bagi mengecapi kejayaan tahun berkenaan. Saban tahun itulah yang terungkap. Sama sahaja..
Hari hari mendatang pun berlalu. Isnin sampai Ahad.. tiada bezanya pun. Orang yang beriya-iya sambut tahun baru macam orang gila di Dataran Merdeka malam tadi tu apa ceritanya? Sama sahaja.. Saban tahun pun begitu.
Pejam celik, pejam celik tiba-tiba detik 31 Disember datang lagi. Ia tetap macam tu. Sama sahaja.
Apa yang tak sama? Nombor dalam tarikh yang dicatat di papan putih dalam kelas. Itupun nombornya tak jauh berbeza. Satu hingga sembilan itulah yang diulang-ulang sampai kiamat. Sama sahaja.
Namun ia berbeza bagi saya. Pengalaman, kematangan, profesion dan cara hidup akan berbeza. Satu perubahan yang digerakkan semalam mesti diteruskan hari ini. Ia tetap akan begitu sampailah bila-bila.
Walaupun sama ia berbeza. Apa bezanya tahun ini pada anda?
akubiomed says
Selamat tahun baru kepada bro. Tahun 2013 saya sudah menjangkakan cabaram bidang yang kerja saya ceburi apabila kerajaan telah meluluskan akta Peranti Perubatan. Sudah tentu akan memberika impak kepada kami.
Cikgu Hairul says
Selamat tahun baru juga. Apa pun tugasan yang datang, laksanakanlah dengah penuh tanggungjawab bro. Insyallah akan berjaya nanti.
anif says
Selamat menyambut kedatangan 2013. Semoga tahun 2013 menjanjikan kecemerlangan! Amin.
Cikgu Hairul says
Terima kasih bro. Aminn
Leeza Dayasari says
selamat kembali ke sekolah ……
teruskan rutin spt 2012..
Cikgu Hairul says
Insyallah..
TehR says
umur aku berbeza setahun berbanding tahun lepas
pastinya jarak kubur juga makin dekat
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah.. Ingat mati setiap hari.
titan says
biasalah tu. dah benda sama aje tiap-tiap tahun. terima ajelah..
Izzat Aziz says
Berbeza dari segi tahun, dan berbeza dari persepsi kehidupan. Pengajarang diambil sasaran kedepan ditujukan.