Sampah statusnya hanyalah sampah. Tidak ada status yang lebih layak daripada itu. Namun bila sampah itu disimpan, dijaga dan diletakkan di tempat yang elok, jadilah ia sampah yang dimuliakan.
Hakikatnya sampah itu adalah barang yang tidak kita gunakan. Atau biasanya barang yang kita tak perlukan lagi. Mungkin dah outdated, rosak atau sudah ada pengganti yang lebih baik.
Adakah kita sedar, terdapat banyak sampah yang kita muliakan di sekeliling kita? Nak diguna tak boleh, nak dibuang sayang. Akhirnya sampah itu menghuni almari, rak-rak tv, dalam laci, dalam PC malahan ada di dalam wallet kita. Jadilah sampah itu bahan arkib yang kononnya memberi seribu nostalgia.
Berapa banyak kertas ada atas meja anda sekarang? Adakah ianya berguna lagi. Mungkin ada kertas tahun 1998 yang kita sayang nak buang kononnya itulah kertas yang kita guna masa ambil spm masa tu. Hakikatnya, kita tak memerlukan pun kertas tu.
Begitu juga dengan pen dan pensel. Berapa banyak yang kita ada? Berapa banyak yang kita guna dan berapa banyak pen yang dah habis dakwat? Cuba cek semula sampah-sampah tu. Mungkin separuh daripadanya kita tak perlukan lagi. Jadi apa lagi, buangkan lah.
Pernah check apa ada dalam wallet kita? Kalau anda buka sekarang, saya percaya masih ada resit atm yang kita keluarkan duit tahun lepas. Masih berguna lagikah? Kenapa masih disimpan? Sayang atau ia sampah yang dimuliakan?
Terlalu banyak sampah bertaraf mulia macam ni. Dalam PC dan Handphone kita juga ada banyak sampah. Mulia, sebab kita meletakkan sampah itu di dalam bekas paling kita sayang. Gambar-gambar yang terdownload setiap kali whatsapp masuk, fail-fail lama dalam PC, software-software yang entah bila kita install pun kita tak ingat. Itu semua benda yang kita tak perlu dan tak gunakan lagi.
Banyak.. sangat banyak dan tak terhitung. Kadang-kadang kita jadi tak produktif sebab sampah mulia ni la. Otak kita serabut tengok macam-macam ada atas meja, atas almari, dalam almari, malahan dalam almari baju sekalipun kita dah serabut sebab terlalu banyak baju tak muat masih tersimpan.
Maka sebab itulah orang Jepun cipta 5S. Sisih, susun, suci, seragam dan sentiasa. Sistem ini membolehkan kita capai barang di tempat yang sepatutnya. Barulah ruang tempat kerja dan ruang hidup kita tersusun rapi. Mata tak sakit, kepala tak serabut, hati pun tenang.
Satu lagi tempat sampah mulia ni duduk dan kita tak perasan pun ialah dalam diri kita sendiri. Berapa banyak sakit hati kita pada exboyafren yang masih terpendam rapi dalam jiwa? Berapa banyak sakit hati kita kepada ahli politik, ustaz ustazah dan kawan-kawan yang tak sealiran dengan kita. Sedangkan benda tu dah puluhan tahun berlalu. Namun sebab kita masih sayangkan sampah, kita masih memuliakan benda tak guna tu, kita simpan dalam diri yang akhirnya merosakkan jiwa kita sendiri.
Jom kita ambil satu hari untuk reset minda. Buangkan sampah-sampah mulia ni dari ruang hidup kita. Buang baju-baju lama yang dah tak pakai. Buang alat tulis yang dah tak berfungsi lagi. Buang nombor-nombor telefon kengkawan yang dah tak aktif. Nyahkan email-email lama dalam inbox. Pendek kata buanglah segala-galanya yang kita dah tak perlukan lagi. Bukan setakat yang kita tak perlukan, malahan yang tak digunakan lagi pun layak dibuang saja. Tak payah nak sayang sangat. Tiada yang nostalgia sangat la. Kalau nostalgia pun buat menyemak kepala otak buat apa.
leeza dayasari says
sampah juga ada tikanya membantu kita.
Amran says
Mungkin dalam 1000 cuma satu. Takpelah hargai sampah yang satu itu.
Firdaus Azizi says
Entri yang tersangat kreatif. Kalau kat ofis biasa dah ada inisiatif 5S nih. Lepas tu serah balik. Hadoi!
Amran says
Kena semak semula pelaksanaan 5S kat office tu. Kalau dah jadi satu tabiat pekerja, in sya Allah tiada masalah.
Hazmin Hamudin says
Sebab tu bila keluar duit dekat ATM sekarang ni tak print resit.. Kan dah boleh semak secara online. Kertas atas meja ofis tu memang tak boleh dinafikan memang berlonggok.
kakiblog says
memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh bro..sampah mesti dibuang bukannya disimpan…kalau tak pun kitar semula..
smbotak says
kalau sampah dalam bentuk fizikal tu, tiba-tiba aku teringat siri the piclers kat history chanel. budaya menghargai `sampah’ sebagai bahan sejarah macam tu tak subur lagi dalam masyarakat kita.
Amar says
Komik lama tu kadang-kadang terasa nak baca lagi. Tu pasal simpan buat pekasam dulu. heheheh
guliroket says
kena amalkan sistem 5S ini lah gayanya.