Kuala Lumpur sinonim dengan kesesakkan jalan raya. Pegilah mana ceruk Kuala Lumpur, kalau tak jem memang tak sah. Bandar-bandar berdekatan dengannya juga dapat tempias.
Lebuhraya Persekutuan, LDP, LKSA, LEKAS, PLUS semua tu nama-nama lebuhraya untuk mengatasi masalah kesesakkan. Hakikatnya, masalah tersebut tak juga selesai. Sebabnya tak ramai yang sanggup keluarkan duit tol.
Duduk dalam jem berjam-jam memang membosankan. Tekanan sungguh jiwa ni. Lagi tertekan bila tiba-tiba sakit perut. Rasa macam nak berak je dalam kereta. Tapi nak buat macam mana. Itu pilihan kita.
Pelik la kita ni. Sayang sangat dengan RM1.20. Tersekat dalam jem mungkin lebih teruk kerugiannya. Rugi minyak, rugi masa dan rugi tenaga. Kalau sikap sedemikian terus diamalkan, tak mustahil produktiviti kita akan menurun. Bukan setakat tu je, mungkin kita juga boleh sakit jantung.
Tak dinafikan, ada juga lebuhraya yang sesak. Itu pun jadi satu masalah juga. Pengguna dah bayar ingatkan lepas la kesesakkan, tapi tetap sesak juga. Agaknya apa kita nak buat ye? Mintak diskaun dah berbuih mulut. Pihak berwajib yang berkuasa tak juga bertindak.
Ahhhh! Tertekannya duduk di Kuala Lumpur. Boleh sakit jantung macam ni. Hari-hari sebelum ke tempat kerja dan waktu balik kerja mesti kena mengadap jem. Bilalah agaknya nak dapat pindah ke tempat yang kurang sesak? Fuuuuu…
chii says
walaupun pelik,tp itulah kenyataan. ada beberapa org kwn chii yg sebegitu rupa. sanggup berjalan jauh demi mengelak kan tol seringgit. ape je kan
Cikgu Hairul says
Hehehe.. mungkin highway yg dia nak lalu tu pun jem juga kot. Sangka baik je la kan.
anif says
😀 Naik motor je la..
Cikgu Hairul says
Motor saya dah setahun setengah tak hidupkan roadtax. hehehe
iza says
mana JPJ…mana JPJ?
cepat2…kita dapat tangkap seorang pengguna yang tak hidupkan roadtax…hehe..
shraqs says
Mintak tukar / pindah 🙂
Cikgu Hairul says
Bagus gak cadangan tu..
iza says
Assalam..
Syukur sangat2 tak alami benda tu semua.
Hubby saya, masa interview kenaikan pangkat tahun lepas, ditawarkan keja area KL dan segera dapat kalau bersetuju tapi dia menolak. Dia kata, bagi la cerok hutan mana pun tak mengapa asalkan jangan KL.
Cikgu Hairul says
Waalaikumsalam..
Satu tindakan bijak tu sis..
titan says
aku lebih rela bayar tol. haha..
Cikgu Hairul says
Yup.. itu tindakan bijak bro. Untuk elak sakit jantung.
rahman says
Aku pun lebih rela bayar tol.. memang boleh sesak nafas dibuatnya jem kat KL ni.. 🙂
Cikgu Hairul says
Dah la sesak nafas, sakit jantung.. dapat dosa maki plak tu. Benar-benar menguji kesabaran.
kodinz says
dok kl susah nak lari daripada jalan sesak nih. Tak kira highway ke apa ke. Lagi satu bab ramai pemandu nak lari daripada bayar tol pon jadi satu hal gak tuh
Cikgu Hairul says
Kereta dah banyak. Kena ubah gaya hidup plak pas ni. Naik beskal g keja.
Jobless Girl says
Selalunya bayar toll pun Jam:-(
Cikgu Hairul says
Nak buat macam mana.. Terlalu banyak kenderaan
Jobless Girl says
Salam Cikgu Hairul, tu lah masalahnya harap MRT and LRT dapat siap dalam tempoh yang singkat dan effectively mengurangkan pemandu kereta and harap ni dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kalau masalah ni tidak diperhatinkan makin lama makin serious jadinya sebab population bertambah dari masa dari masa.
Amirez says
pernah sekali nak balik rumah kat sg. buloh lepas habis ofis hour kat batu caves. terlewat setengah jam je, perjalanan yang biasanya 15-20 minit jadi 3 jam. tak tau apa punca. ramai duk bising dalam radio hotfm masa tu
Cikgu Hairul says
Macamtulah KL. Tempat saya pun camtu. Kalau keluar dari rumah lambat 5 minit je, memang lambat la sampai tempat kerja.
Syida says
betul-betul..
tiap-tiap hari jem, dari bangsar nak sampai brickfield pun jem..
saya pun, kalau boleh nak mintak tukar jauh dari kl nie,
lebih rela duduk dekat pendalaman asalkan tak jem.. dah laa jem, kos hidup tinggi pulak kat kl ni.. alahai..
Cikgu Hairul says
Jom ramai-ramai pindah.. Nanti tempat lain pulak sesak.. Sama je kan? Hehehe
Ahmad Ijat says
Dulu duduk KL, tiap2 hari meredah jem. Sekarang duduk jauh dari KL, jem dah takde. Senang je pegi keje 🙂
Cikgu Hairul says
Wah best lah dok luar KL. hati tenang dan tenteram tanpa jem.
Jebeng Otaiâ„¢ says
haha..sabar2 jgn buang air dlm kereta.. 🙂