Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Santai Hujung Minggu

Santai Hujung Minggu

25 March 2012 by Cikgu Hairul

Hujung minggu yang tiada apa-apa aktiviti luar. Rasa janggal dan membosankan. Cuma aktiviti di rumah je. Bosannya tak tau la nak kata. Hari Sabtu dan Ahad isteri ada program di sekolah. Saya duduk je la di rumah.

Cadangnya nak ke Hot Spring Felda Gunung Besout. Dah tak kesampaian la pulak. Terima je la hakikat.. Cikgu kena ke sekolah walaupun cuti sekolah.

Dulu masa studi hujung minggu lima tahun, aktiviti hujung minggu dah tentu terisi dengan kuliah. Tak dapat dibayangkan macam mana kebosanan isteri di rumah masa tu. Kalau saya baru dua hari dah rasa macam ni, dia lima tahun rasa macam saya hari ni. Alhamdulillah dia cukup memahami.

Dimasa lapang yang membosankan ini, buat blogwalking pun dah tak ada semangat. Saya lihat ramai blogger yang tak online hujung minggu. Tak apa lah, masa tak bizi ni saya blogwalking puas-puas.

Lepas puas blogwalking, godek-godek blog ni. Cuba pasang plugin W3 Total Cache untuk melajukan blog. Hampeh sebab tak reti nak setting walaupun dengan bantuan tutorial dari mobilitiworld. Last-last pakai je la php speedy.

Saya gabungkan dua plugin php speedy dan cloudflare untuk meringankan loading blog. Alhamdulillah dapat juga bawah 3 saat loading time. Harap-harap lepas ni takde la blog ni lambat loading lagi.

Fuhh! Benar-benar minggu yang membosankan. Tapi ada juga hikmahnya tak pegi berjalan ke sana-kesini. Jimat minyak, jimat duit dan jimat tenaga. Kerana percutian itu sememangnya memenatkan walaupun tak buat apa-apa.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    25 March 2012 at 22:16

    Bersantai di rumah sambil menonton F1 adalah aktiviti hujung minggu saya 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 March 2012 at 22:23

      Hheh.. seronok juga tu. Tak datang sepang ke bro Anif? Saya kurang minat jadi takde la nak nonton F1.

      Reply
  2. shraqs says

    26 March 2012 at 20:17

    2-3 hari lepas ok ke dak blog nih? Sebab Cloudflare ada problem tempohari, belum settle sepenuhnya lagi sebab banyak server, data diorang kena attack.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 March 2012 at 21:19

      Ok je..

      Reply
  3. tehr says

    27 March 2012 at 02:16

    santai kat rumah pun bagus juga
    main masak2 dengan isteri dan anak2
    hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 March 2012 at 08:53

      Isteri ke sekolah. Tak dapat ler masak-masak ngan dia.. Hehehe

      Reply
  4. rahman says

    27 March 2012 at 19:10

    kucing kat atas tu pun seakan mengerti kebosanan cikgu yer..hehe..takpe bila ada masa lapang tu rehat sepuasnya cikgu 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 March 2012 at 23:44

      kucing pun tau bosan. tapi bila ada cuti yang dua-dua dapat cuti sama pasti tak lepas peluang untuk rehat puas-puas..

      Reply
  5. kulanz says

    27 March 2012 at 23:40

    Aku hujung minggu selalu lepak tepi pantai dengan anak-anak.. jadi taklah rasa bosan sangat..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 April 2012 at 09:37

      Rumah tepi pantai ke bro? Memang best..

      Reply
  6. Achik Ezz says

    28 March 2012 at 20:18

    Kalau cuti,tempat yang paling best untuk pergi ialah tempat tinggi dan nyaman..tapi sekarang berhajat nak pergi arah timur pulak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 March 2012 at 14:21

      Ada duit jalan jer..

      Reply
  7. titan says

    29 March 2012 at 13:31

    aku je yang kena buat kerja aje..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 March 2012 at 14:24

      Ko memang rajin. Demam2, pening2 pun masih mampu buat keja..

      Reply
  8. Hazmin Hamudin says

    12 April 2012 at 10:25

    Hujung minggu tanpa sebarang aktiviti memang membosankan. Kadang-kadang boleh jadi buntu jugak dok fikir apa nak buat.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 April 2012 at 21:24

      Blogwalking samping boring..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in