Esok merupakan hari pertama peperiksaan UPSR di seluruh Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger yang anaknya akan ambil exam esok, didoakan semoga tenang dan dapat jawab semua soalan yang diberikan dengan betul.
Kepada ibubapa yang beragama Islam, saya sarankan agar kalian berpuasa sunat sepanjang anak- anak ambil exam. Doa orang yang berpuasa sangat mustajab tambahan pulak doa dari ibubapa. Itulah yang sebaiknya. Ikhlas dan khusyu’ memohon pertolongan dari Yang Esa. Usah harapkan orang lain untuk doakan anak kita. Dan, waktu-waktu akhir ni rasanya tak perlulah nak push anak untuk terus study. Ajak mereka berbual untuk kurangkan resah diorang… Eleh,tapi rasanya mak bapak yang lebih risau. Si anak masih duk ngadap FB lagi, main angry bird.
Kepada si anak, rapatkan diri dengan Allah dan jalinkan hubungan yang baik terutama dengan ibubapa, ahli keluarga dan guru- guru. Bila orang sekeliling selesa dengan kita, InsyaAllah, keberkatan akan bersama-sama kita. Moga Allah beri kebaikan untuk diri dan agama kita.
anif says
Bila anak ambil exam, ibu bapa tentunya lebih risau! :D.. Err itu normal!
Cikgu Hairul says
lagi-lagi kalau anak sulung. dah tentu risaunya terlebih. tengok berita semalam, ada yang sanggup ambik cuti semata-mata menemani anak ambik exam.
Leeza Dayasari says
leeza rasa cikgu lbh risau woooo…….
shraqs says
Cikgu risau bila buat post-mortem nanti. 🙂
hafizmd says
hoho….post mortem dlm apa jua bidang mmg mendebarkan =)
Cikgu Hairul says
terlebih risau sebab kena menjawab..hehehhe. kalau semua dapat 5A takpe la. Kalau ada yang dapat E, maunya tak gigil.
Ibu Mifzal Arsyad says
belum ada anak yg besar lg n ambil periksa..kalau tak mmg si ibu lebih gelabah dr anak..
Cikgu Hairul says
Mulakan persediaan awal.. insyallah tak gelabah.
hafizmd says
Mmg rasanya ibubapa yg lebih risau. Anak2 biasanya nampak rileks saja luarannya =)
Anak2 kalau baik dgn cikgu, insyaAllah mudah menjawabnya. Salah atau betul, belakang kira…hehe
Mudah-mudahan pencapaian lebih cemerlang utk tahun ni….ameen
Cikgu Hairul says
Insyallah..
Kekalkan hubungan baik tu dari darjah satu. Baik dengan ibu bapa, baik juga dengan cikgu. Insyallah doa mereka sentiasa mengiringi.
ury says
pernah alami anak menduduki UPSR 2 thn lepas.
memang risau melebihi yang periksa, siap ambil cuti lagi tu…
Itu semua kerana harapan ibupaba ingin melihat anak meraka berjaya.
Cikgu Hairul says
anak2 stress tak kalau kita ada sekali waktu dia exam? beruntunglah anak2 sekarang kan.. kalau zaman kita dulu, takdernye mak abah nak ambik cuti.
onlajer says
macam mak bapak je yang melebih , risaukan anak kawan atau saudara mara lebih cermerlang daripada anak sendiri
Cikgu Hairul says
hahaha.. itu la kan. sebab budaya masyarakat kita yang suka membandingbeza.
segalabenda says
bila pelajar nak exam biasanya guru yang terlebih risau..o.k ke k.o anak murid aku ni..
Cikgu Hairul says
cikgu kengkadang risau sebab anak murid macam tak rasa apa-apa nak menghadapi peperiksaan. main je sepanjang tahun. fuhhhhhh
Jebeng Otai™ says
dulu masa kita amik periksa pon mak bapak kita pon risau juga..skang turn kita lak..hehe
Cikgu Hairul says
kehidupan ibarat roda.. kalau dulu mak abah cikgu cuma risau, sekarang mak abah ambik cuti tunggu kat pintu pagar, time kita nanti agaknya duduk dalam dewan sekali ngan anak-anak kot.
Fadzmie says
Semestinya ibu bapa yang lagi risau. Adik saya ada 2 orang (kembar) ambil UPSR tahun ni. Memang serabut kepala mak saya. Haha.
Cikgu Hairul says
wah kembar ke? jangan dibandingbezakan mereka sudah la. takut2 belum abis exam mereka dah down.
nur hidayah isa says
teringat masa amek upsr dulu. last day subjek sains demam2 masa tu. nasib baik leh jawab gak. hehehe
Cikgu Hairul says
Cemerlang..
irsah says
Yelar.. rata cerita anak dengan UPSR.. tak pulak isau Post Mortem lepas keputusan nanti.. Cikgu macam mana??? Ada goyang juga ker disana??? Maklumlah masing2 menjaga KPI.. huhu
Achik Ezz says
Cikgu sememangnya risau. Pihak sekolah macam2 dah buat untuk anak murid. Kalau anak cemerlang dikatakan anak memang genius,rajin belajar dan memang genetik bijak2. Tapi kalau anak kureng sket, kata cikgu kurang bagi tumpuan pada anak…adoiiyaiii…masa post moterm,cikgu kene tembak lagi..kenapa? Kenapa? Kenapa?
Achener tu nak jawab?
Hairul Azni says
Tapi cikgu Hairul mesti rileks punya..anak2 murid mesti score..beliau ialah cikgu terbaik..tak gitu cikgu Hairul?
Hafizul says
kalau ikutkan tajuk, sy rasa cikgu-cikgu yang lebih risau lagi dari ibu bapa..hahaha
titan says
memang ramai yang risau nih. haha..
auc dot com says
Ibu bapa dan guru2 yg risau tapi anak murid buat x tau je 🙂