Selepas temuduga minggu lepas, hati dan otak jadi tidak tenang. Pengalaman saya minggu lepas temuduga di Institut Latihan Kecemerlangan Mara sangat menguji kemampuan mental dan fizikal. Letih.. inilah temuduga paling lama saya hadiri. Temuduga dari pukul 7 pagi sampai 5 petang.
Perjalanan ke ILKM pun sangat mencabar. Peta, Google Maps dan GPS langsung tak membantu untuk sampai ke tempat temuduga. Nasib baik abang ipar saya tinggal dekat-dekat dengan ILKM. Saya percaya, ramai lagi yang nak mencari ILKM. Saya sediakan Koordinatnya : E100′ 30′ 8.8″ N5′ 11′ 34.9″. Dari Plus exit tol Jawi lebih kurang 10minit perjalanan ke destinasi.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya ambil keputusan untuk menghabiskan hujung minggu di Negeri Jelapang Padi. Alang-alang dah sampai utara.
Keesokkan harinya, hari Sabtu saya bersama abang ipar ke rumah tok wan. Terasa kedamaian yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas terasa nak duduk seminggu dua je di kampung. Tenang, memang tenang sangat.
Sambil makan-makan di bawah pokok kelapa berlatarbelakangkan sawah yang sedang menghijau. Taknak terlepas peluang bergambar berlatarbelakangkan sawah itu juga. Kat KL mana nak cari?
memang nampak menenangkan fikiran yang kusut
Memang tenang kalau melihat sawah padi menghijau macam tu kan bro. Kat KL ni paling dekat pun dekat Tanjung Karang tu.
owh ye.. tanjung karang pun sawah jugak kan..
hang balik kampung kerr???
tak lah.. g interview, sambil tu melawat tok wan belah abang ipar punya jiran isteri pak menakan dia.
dl time stdy hari nampak padi ni..hehe
Stadi kat mana dulu?