Assalamualaikum.
Ini saya himpunkan beberapa rentetan tentang saya, Hotlink dan Twitter. Tentang bagaimana kredit prepaid saya diambil oleh Maxis, dan bagaimana saya berusaha untuk mendapatkannya semula. Saya kira ramai lagi orang di luar sana yang terkena.
Saya pengguna iPhone 4 dengan prepaid hotlink. Keutamaan saya ialah selalu online. Saya tak langgan pakej bulanan kerana keperluan saya kepada internet 3G bukan tiap-tiap hari. Saya cuma langgan pakej RM2 untuk 100MB untuk sehari. Sosial network kegemaran saya ialah twitter. 100MB cukup untuk keperluan twitter dan WeChat saya.
Kali pertama kredit saya diambil oleh maxis ialah ketika penggunaan kuota internet saya mencecah 100 peratus. Mula-mula Maxis hantar ingatan (SMS) beritahu penggunaan telah mencapai 80 peratus. Beberapa saat kemudian dapat pula SMS ingatan penggunaan mencecah 100 peratus dan pemberitahuan caj berlebihan akan dikenakan. Saya segera off-kan celular data, tapi dah terlewat. Kredit RM10 telah diambil.
Tak puas hati dengan itu, saya connect ke internet menggunakan Wi-Fi dan komplen melalui twitter (@maxislistens). Aduan saya dijawab dengan pelbagai alasan dan terma. 3 wakil @maxislistens berbalas tweet dengan saya yang akhirnya mereka mengalah, pulangkan semula RM10 ke akaun prepaid saya. Dalam pada itu mereka mencadangkan supaya saya sentiasa memantau kuota penggunaan saya.
Kira-kira seminggu kemudian, kena lagi. Kali ni RM8.50 diambil. Walaupun saya memantau penggunaan internet saya dengan idea dan cadangan dari @maxislistens, nampaknya idea-idea yang diberi tu tak terpakai. Sebelum tu ada juga saya cuba plan RM3 untuk 200MB tapi maxis akan gunakan proxy yang berbeza. Setiap kali nak connect internet untuk tweet atau apa-apa kena buka Safari dulu, lawat web hotlink dulu, kemudian baru boleh buka app twitter untuk tweet. Facebook, WeChat segala bagai yang lain juga mesti kena layan web hotlink dengan Safari dulu. Bagi saya cukup leceh walaupun plan RM3 ni bagusnya bila cukup kuota terus kena blok dan tak ada caj berlebihan.
Jadi saya bising lagi di twitter. Kali ni @maxislistens acuh tak acuh saja dengan aduan saya. Katanya pemulangan kredit hanya untuk kali pertama. Saya kata saya dah pantau tapi masih kena perangkap samar maxis, jadi idea pantau penggunaan tu tak relevan. Kali ni @maxislistens tak mahu layan walaupun saya buat bising di twitter. Jadi saya berhenti buat bising di twitter.
Saya karang satu email dan hantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selepas kena sengat dengan SKMM, pegawai maxis hubungi saya dua kali. Saya kisahkan semula satu-satu perihal internet prepaid ni. Kemudian maxis pulangkan RM8.50 tu dan tambah pula RM5 sebagai modal minta saya tukar plan kepada plan internet percuma (proses tukar plan akan dicaj RM5). Hanya perlu aktifkan kredit, saya boleh guna internet percuma pada kelajuan 64kbps. Kelajuan ni cukuplah untuk saya layan tweet. Begitulah adanya. Dapatlah saya berinternet di luar rumah dengan selesanya.
Moral: Pengguna maxis dan hotlink perlu peka dengan plan yang maxis tawarkan dan peka dengan terma yang digunakan. Untuk makluman, benda-benda ni tidak diceritakan dengan cukup di web maxis mahupun hotlink. Kena baca dari blog mangsa yang pernah terkena macam ni. Begitulah adatnya perihal negara kita yang tercinta ni.
Hazmin Hamudin says
Penulis jemputan ke ni? Baru perasan. Bagus betul terus buat surat kepada SKMM tu. Baru diorang takut sikit.
Amar says
Ha-ah, jemputan. 🙂
Walau bagaimanapun, SKMM cuma bantu hal aduan berkaitan dengan isu telekomunikasi company besar sahaja seperti Celcom, Maxis, DiGi, TM, Astro. Telco yang kecik-kecik seperti XOX tak lut. Telco yang kecik-kecik ni tak peduli tentang reputasi mereka. Company bungkus, buat lain pakai nama baru. Itu salah satu sebab kenapa saya serik dengan pakej dari company baru.
Adi says
pengguna IT di Malaysia teraniaya?…
Cikgu Hairul says
macam tu la kiranya. tengok term and condition pun dah nampak berat sebelah.
Irwan Alessa says
aku dulu guna maxis, macam ni aku kena..
Cikgu Hairul says
Kesian kan pengguna maxis ni. Tapi sebenarnya semua telco pun camtu. Tiada terkecuali.
hafizmd says
nampaknya, bila dah sampai ke skmm..
kecut juga maxis ni…
harapnya telco2 besar ni, jgnlah nak pekena pengguna saja..
Cikgu Hairul says
Mau tak kecut perut. Lesen mereka boleh kena tarik kalau tak ikut perjanjian nak bagi service terbaik kepada pengguna.
Amar says
Tapi XOX pulak tak lut langsung. Diorang lebih rela tutup company buka company baru dari layan aduan pengguna. SKMM pun takleh buat apa. Mungkin owner di belakangnya Along Besar kut. Wallahhu a’lam.