Tol Tangkak 4 Mei 2013. Keadaan sesak sangat. Orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke negeri Johor untuk mengundi. Saya tak ketinggalan. Naik bas je pun. Lepas mengundi nak terus balik KL semula.
Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersemangat ke pusat pengundian. Jumpa ketua kampung yang sempat lagi berkempen. Hehehe.. Hatiku bulat dan tekat untuk memilih keamanan.
Junpa juga sepupu. Dia sama pusat mengundi, sama saluran mengundi. Kami je yang berborak panjang. Tanpa disedari rupanya ada papantanda tolong senyap. Wakaka.. maaf kami cikgu yang tak reti senyap.
Selesai mengundi ronda-ronda keliling kampung. Ni pintu masuk kampung saya. Fanatik tak orang sini?
Setakat ini dulu laporan saya dari pusat mengundi P148 dan N20. Saya sudah mengundi. Anda bila lagi?
Hazmin Hamudin says
Penuh dengan bendera laluan masuk ke kampung cikgu ye. tahniah telah mengundi. hehe
titan says
cikgu tak reti diam ek. haha..
Hafizul says
Dah saya dah mengundi..tak sampai 5 minit dah beres..haha
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah, moga pilihan ini paling dirahmati Allah
Juan says
saya juga sudah
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Kita mulakan hidup baru.
eiela says
wah dashyat banyak bendera kat laluan tuh. saya pun dah mengundi ahad lepas.