Saya telah menggunakan P1 sejak awal penubuhannya. Sejak dulu saya telah bertukar 2 kali modem sebab modem yang lama telah sampai tarikh luput. Bila dah sampai ajal, macam-macam la ragamnya.
Kini support servisnya dan plannya juga bertambah. Cuma tweet je, pasti dapat bantuan. Semalam P1 ada sedikit masalah di kawasan saya. Internet dari malam tak dapat nak connect. Setelah berbincang melalui twitter masalah selesai. Terima kasih @P1care..
Sebulan dua ni penggunaan bandwith saya sering je kehabisan tak sampai pun 10 hari. Walaupun bandwith limit dah penuh kuota, masih juga boleh surf internet tapi lambat sikit la. Tapi itu bukanlah sebab connection P1 saya bermasalah semalam.
Saya tambah bandwith kuota 3G dengan harga RM20. Sebelum ni 2G RM10 je. Dah naik harga.

Sebelum top up saya buat speed test dulu. Cuba bandingkan speed connection sebelum dan selepas topup. Lebih kurang sama je kan. Masih tak mencapai separuh pun dari apa yang dijanjikan.
Bandwith atas tu yang saya topup, yang bawah tu bandwith bulanan yang dah habis.


Memang ada perbezaan, tapi cukup sedikit. Rasanya speed dial up lagi laju dari broadband nih. Apa yang dijanjikan dalam laman web mereka adalah speed terbaik yang mampu mereka beri. So itu bukan salah mereka. Kalau kita duduk di sebelah basestation mereka mungkin boleh la dapat speed yang dinyatakan.

😀 Rasanya lebih baik berhijrah ke UniFi. Lebih laju dan ada iptv sebagai pelengkap pakej.
Saya dah tanya kat unifi, terpaksa que 3 bulan.. Sabo je la.
harapan tinggal harapan
poket tinggal habuk
selamanya geram dengan internet kat malaysia ni
Terpaksalah terima hakikat..
Tak tau pula modem ada tarikh luput..
kalau ada pilihan lain memang sesuailah bro tukar ISP..
Entahla cikgu, saya pun kurang arif. Tetiba dia kata camtu..
heee wifi jelah sy pakai alahai tu dah bulan2 rm 70 adui…malas nak tuakr2 palan pening pala huuu…
Kalau tak buat masalah tak perlu tukar kak suri..
pengguna yang bijak. kita boleh buat pilihan lain.
Kuasa di tangan pengguna. Asik kita je yang kena.. Sampai bila boleh tahan kan..
hahaha..tukar je unifi..siap dpt pakej lg..huhu
Dalam proses..
wah lama betul juga menunggu untuk unifi ya? baru saya tahu
Kalau infrstruktur unifi dah ada tak lama menunggu cikgu.
better pki yg connection ag stabil..broadband ni area bandar maybe ok la.. 🙂
Tu yg nak berhijrah. Moga2 stable la hendaknya.
pakai ja streamyx, saya pakai TM punya puas hati 🙂
Alang-alang unifi dah sampai ni, saya terus je la ambik..
dulu aku macam tu la. dah bosan sangat dengan P1, support best… tapi sekadar menanam tebu dipinggir bibir je la. signal hijau, tapi speed cam hampeh. lepas tu, tukar streamyx.. then upgrade ke unifi. terus setel masalah 😀
Tu yang rasa jeles tu. Ramai dah bertukar ke unifi.
Saya guna 4G bro…alhamdulillah mmg okey gak laa…tp kena cari “line” dia…klau tak mmg payah nk dpt….he3x!!
Hahahah… mencari lain sampai gantung modem kat tepi tingkap.