Siapapun kita, sebelum hidup membangsat, buatlah sesuatu. Jangan sampai dipijak, dihina, disiksa dan dibunuh. Usahalah untuk hidup, untuk aman, untuk berjaya. Untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk anak cucu, untuk agama dan tanah air.
Di luar sana ada segerombolan hantu zomba kemerahan yang tidak henti-henti dan begitu bertekad makan otak dan menyedut darah siapa saja yang mereka rasakan sebagai ancaman kepada rancangan jahat mereka. Zomba kemerahan ini makan apa saja, batu, kayu, sapi dan babi.
Hari ini ialah zaman peralihan matawang. Dari era tukar barang, telah beralih ke era kepingan wang emas, perak dan kupang. Kemudian beralih kepada wang kertas, geran dan bon. Hari ini di zaman digital pula beralih lagi ke bentuk yang tidak lagi dapat dipegang. Ia cumalah code-code yang membawa nilai nombor sebagai tukaran dan transaction.
Hari ni ialah zaman peralihan kepada cryptocurrency. Namun ada diantara kita yang tak ambil peduli dengan matawang baru ni. Percayalah, mereka yang tidak ambil peduli ini akan dipijak oleh zomba kemerahan.
Bangunlah dan bersaing. Jangan dibuli dan dipijak oleh zomba kemerahan. Hari ni zomba kemerahan cuba monopoli pengetahuan mining. Dan bila ada dari kalangan kita cuba cebur diri dalam mining, zomba kemerahan akan kenakan harga yang tinggi untuk setiap ASIC yang ingin dibeli. Apapun tekanan yang mereka cuba kenakan, kita perlu cari jalan untuk lawan. Jangan sampai masa yang terlewat. Buatlah sesuatu sebelum hidup membangsat.
Gum Arabic Al-Manna says
Zaman peralihan.. Dunia tidak berubah dan masih sama menyimpan emas untuk warga. Namun isinya boleh berubah dengan pelbagai istilah baru yang muncul.