Akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Ini bagi membendung merebaknya virus covid-19 yang dikatakan mampu membunuh manusia.
Sudah 8 hari berkurung di rumah. Ramai telah meninggal dunia di seluruh dunia. Setakat malam tadi, di Malaysia sudah ada 16 orang terkorban angkara virus.
Sebelum mengorbankan ramai manusia, covid-19 telah pun membunuh kemanusiaan. Berapa banyak kejadian kemanusaan yang telah terkorban yang dipaparkan setiap hari di medsos? Aku ngeri nak fikirkan. Kalau berterusan mungkin akan bertambah parah.
Apabila kemanusiaan terbunuh, kau akan nampak manusia berbondong-bondong membeli barang keperluan tanpa menghiraukan orang lain yang juga memerlukan barang keperluan tersebut. Kalau dah habis kau borong, apa lagi yang tinggal untuk mereka yang lain?
Apabila kemanusiaan terbunuh, kau akan lihat betapa banyaknya sekatan jalan raya dilanggar sehingga mencederakan polis dan tentera. Apa salahnya kau berhenti dan patuh dengan segala arahan yang telah ditetapkan. Tapi tu lah, kalau kemanusiaan kau dah terbunuh, aku pun tak tau nak cakap apa.
Apabila kemanusiaan terbunuh, kau akan lihat orang yang sudah sah terjangkit virus ini sanggup menipu Doctor dan Nurse sehingga menyebabkan seluruh keluarga Doctor dan Nurse terjangkit sama. Orang yang telah hilang kemanusiaan ini, tidak mampu bersikap jujur. Kasihan lah melihat orang yang telah hilang kemanusiaan ni.
Apabila kemanusiaan terbunuh, kau akan lihat padang permainan dan tepi jalan penuh dengan orang yang masih berkumpul dan bermain. Sikit pun tak hirau dengan arahan supaya duduk di rumah. Masih juga mahu membahayakan kesihatan diri dan orang ramai. Namun, bila kemanusiaan telah hilang, apa yang mampu aku katakan?
Mungkin siri-siri cerita kemanusiaan yang terbunuh ini akan kau lihat bertambah dari sehari ke sehari. Ya, covid-19 telah membunuh kemanusiaan sebelum ia membunuh jasad manusia itu sendiri.
Leave a Reply