Uploaded with ImageShack.us
Sedih jugak la nak meninggalkan kerja yang dah 8 tahun aku hadap ni. Besarku di sini. Pengalamanku di sini.. Kenanganku di sini. Hahaha. Bukan lama pun nak tinggalkan kerja ni. Cuma 13 minggu jer. Apa yang aku buat? Aku nak mulakan tugas baru sebagai guru pelatih. Harap-harap dipermudahkan segala-galanya.
Sebelum ni rasa menyampah sangat dengan kerja yang tengah aku buat. Nak datang kerja pun punya la malas. Rasa bosan yang amat. Tapi sekarang ni bila betul-betul kena tinggalkan kerja, sayu la pulak. Sedihnya daku meninggalkan dikau.
Sejak company ni bernama PUTRA LRT, kemudian SPNB, kemudian RapidKL dan sekarang dah diambil pula oleh SPNB… banyak dah pengalaman suka duka kat sini. Mula-mula masuk tu masih fresh lagi. Maklumlah baru keluar dari universiti. Dah banyak kutempuh rona-rona hidup. Alhamdulillah aku berjaya menjadi seorang manusia.
Insyallah lepas 13 minggu aku tinggalkan kerja ini, aku akan kembali lagi. Tapi mungkin dalam tahun ni juga perpisahan dengan company kesukaan ramai ni berlaku lagi. Kumungkinan yang pasti.
Kini aku bersedia menghadapi suasana baru dalam pekerjaan. Dunia yang berbeza dengan pekerjaan yang pernah aku lakukan. Ya Allah mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Aminnn.
Leave a Reply