Macam mana saya nak terangkan teori ni ye. Tapi, itulah yang tengah bermain-main dalam fikiran saya.
Sejarah ni cerita lama. Cerita yang disampaikan secara lisan mahupun bertulis. Kebenarannya bergantung kepada si pembawa cerita. Kalau manusia yang membawa cerita sudah tentu ia lebih terdedah kepada persepsi. Adakah sejarah cuma sebuah persepsi?
Persepsi setiap orang yang mengalami peristiwa yang menjadi sejarah tersebut mungkin berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Mungkin juga sejarah yang dibukukan ini cuma pandangan sebilangan kecil mereka yang mengalami. Lebih parah lagi, mungkin yang menulis itu adalah generasi selepas mereka.
Saya ambik contoh sejarah politik negara kita. Mereka yang mendominasi kuasa bebas membukukan setiap kejadian yang satu masa nanti dianggap sejarah. Lihat saja dengan Hang Jebat, dari satu sudut sejarah dia seorang penderhaka, tapi dari sudut yang lain ramai memandang Hang Jebat sebagai hero. Cerita sejarahnya bergantung kepada persepsi pencerita.
Begitu banyak sejarah yang ditulis cuma berdasarkan persepsi sebelah pihak. Kejatuhan WTC juga mempunyai pelbagai versi cerita. Orang barat menganggap itu perbuatan Pengganas Islam, sedangkan orang Islam mengatakan itu konspirasi Yahudi. Walaupun banyak bukti diperolehi oleh kedua-dua pihak, namun sejarah kejatuhan WTC tetap ada banyak versi.
Selagi manusia yang menulis sejarah, ia cenderung kepada pandangan segolongan orang sahaja. Tiada yang dapat dipastikan benar dan sahih kerana sifat manusia itu sendiri yang cenderung menulis berdasarkan emosi. Sebanyak mana pun bukti artifak yang diberikan, percayalah itu cuma andaian.
Mungkinkah Al Quran juga persepsi?
Persoalan ini kena jawab dengan akal yang waras. Ada tak dalam dunia ni seorang yang boleh membuktikan al quran itu dusta? Tak perlulah satu surah, satu ayat pun dah cukup. Sampai sekarang tak ada lagi kan? Ternyata alquran itu betul. Maka dengan sendirinya sejarah yang ditulis dalam alquran itu betul. Sebabnya, yang menulis semua cerita itu adalah Allah yang Maha Mengetahui.
Sejarah yang dirakamkan di dalam Al Quran berbeza dengan sejarah yang ditulis oleh manusia. Manusia itu sifatnya lemah.
Saya akhiri artikel ini dengan satu persoalan, adakah peristiwa yang kita alami hari ini akan diceritakan kepada generasi akan datang berdasarkan persepsi kita sahaja?
Amar says
Jangankan sejarah, hari ini sendiri hanyalah halusinasi. Hihi…
Cikgu Hairul says
Tinggi sangat kalau berhalunisasi tuh.. heheh
anif says
Sejarah satu persepsi.. ada benarnya. Apa pun, ambil intipati yang positif daripada sejarah. Belajar sesuatu daripadanya..
Cikgu Hairul says
itulah yang sepatutnya. kita boleh ambil pengajaran dari pelbagai sudut. saya suka lihat dari sudut positif dan negatif. maknanya saya cuba lihat satu sejarah dari beberapa pihak yang mungkin ada pelbagai persepsi. jadikan ia satu pelajaran berguna buat kita.
Hairul Azni says
Sejarah melalui penceritaan memang boleh dimanipulasi..bagaimana dengan sejarah yang mempunyai bahan bukti seperti artifak dan sebagainya?
Cikgu Hairul says
Macam yang saya katakan, penemuan artifak sebanyak mana pun, ia tetap satu persepsi. itu cuma andaian pengkaji berdasarkan artifak yang mereka jumpa.
titan says
kalau kita fahami maksud percaya. Aku rasa perkataan persepsi tu dah takkan wujud. haha..
Cikgu Hairul says
itu pun satu perbahasan dan teori yang boleh dikembangkan lagi bro.
ohcikgu says
pening bila fikir bab persepsi ni sebenarnya..
Aya says
Sejarah? Persepsi? emmm… mendalam maksud artikel kali ini..hehe