Bismillahhirrahmanirrahim.
Ada satu subjek di sekolah yang tiadalah ia mendatangkan manfaat melainkan mudharat lah jua. Itulah subjek Sejarah.
Teks Sejarah beritahu anak bangsa bahawa orang Eropah kemari mencari rempah. Nak menipu pun gunalah akal sikit.
Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menjadi nadi nusantara hanya sebesar negeri Melaka hari ini. Kenapa tak kelentong besar cawan jer?
Pahlawan Melayu bertarung dengan keris dan lembing. Ingat Melayu ni sama dengan Troy? Sebelum bahan letupan dari China sampai ke Eropah, dia tak lalu Melaka eh? Dia lalu ikut sungai golok? Jadi orang Melayu baru dua tiga hari ni jer lah kenal meriam? Oooo camtu?…
Kenderaan paling canggih Melayu tahu buat cuma kereta lembu dan sampan eh? Itu yang Melaka boleh tersohor sebagai pelabuhan antarabangsa tu. Oooo sikit tu jer Melayu tahu rupanya.
Nama Malaysia ni tercipta bila Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Oooo… Camtu, yang manuskrip lama bertarikh 1885 tu tulis Maleische tu tak ada kena mengena lah yer? Ooo…
Begini sifatnya Sejarah yang diajar di sekolah kita nak kata ia subjek bermanfaat lah yer? Subjek Sejarah ni patutnya humban saja ke neraka.
KHAIRUL AMRAN says
Dari dulu lagi bangsa eropah irihati dengan bangsa Jawi. Nak duduk sama taraf memang tak mampu. Jadi direka cerita macam ni. Disambung pula oleh barua-barua mereka di zaman ini.
Amar says
Mereka bangsa Eropah akan terus mengasak kita hingga rapat ke tanah. Kitalah sendiri bertahan dan membalas, bangun dan terus lawan.
Hero Borneo says
mereka turut terkenal dengan kaki kelentong untuk mendapat nama..
Alongxp says
Saya minat sejarah, tapi bukan subjek sejarah yg belajar kat sekolah, kadang nak share pasal sejarah malaysia, tapi banyak sangat versi, mana 1 yang betul xtau la..
Amar says
Tentang banyak versi itu ialah perkara biasa. Bukan hanya sejarah, malah agama.
Islam sendiri berpecah kepada 73 firqah, yang sampai hanya satu. Masing-masing mengaku jalan mereka lah yang akan sampai. Untuk agama, saya pilih jalan yang berbeza dari JAKIM. Dan orang tuduh saya kafir.
Untuk sejarah, saya pilih yang paling pahit untuk ditelan. Bukan hanya Melaka, semua Kerajaan Islam tumbang satu persatu dilanda badai Dajjal. Saya tak salahkan Sultan-sultan Kerajaan Melayu. Mereka dah buat apa yang terdaya. Sejarah versi Catay Keris tu saya jijak lumat. Sekelumit pun tak terpakai.
Ikhwan Fahmi says
tu belum masuk hang tuah, hang jebat lagi, banyak lagi sejarah yang diputarbelitkan.
Amar says
Asalnya perkataan “Hang” tu tak ada pun. Ia ditambah bila sejarah ditulis semula oleh orang upahan. Kemudian dipopularkan oleh Cathay Keris. Dan marhaen terus menerima pakai versi Cathay Keris.