Pernah tak korang kena tegur? Mesti down giler kan bila orang tegur. Lebih-lebih lagi bos yang tegur. Rasa diri ini tak berguna langsung.
Orang yang bermotivasi tinggi akan merasa bersyukur bila ditegur. Apa yang kita buat tak semestinya betul. Teguran sebenarnya menjadikan kita lebih baik. Tu pun kalau kita boleh terima dengan hati terbuka. Kebanyakkan dari kita susah nak terima teguran.
Kita patut rasa bertuah dan berterima kasih kepada orang yang sanggup menegur kita. Kadang-kadang kita tidak perasan, perbuatan yang kita lakukan tu salah. Kiranya tuguran itu boleh jadi satu rahmat buat kita agar kita tidak berterusan melakukan kesalahan.
Dalam diri setiap orang mesti ada rasa ego. Terlalu konfiden dengan apa yang dibuat. Rasa semua yang dilakukan itu betul. Sifat tu sangat bahaya. Bila ada sedikit rasa macam tu, sila berjumpa dengan sahabat baik dan tanya padanya betulkah apa yang kita buat. Sahabat baik biasanya akan memberi pandangan yang tulus ikhlas. Dari situ kita boleh perbetulkan diri.
Allah juga sering menegur hambanya yang dikasihi. Macam-macam cara teguran Allah beri pada kita. Kehilangan orang tersayang, kecelakaan, kesenangan dan kesakitan. Cuma adakah kita sedar dengan teguran yang Allah beri?
Paling malang orang yang ditegur melenting tak hengat dunia. Siap marah-marah lagi. Orang macam tu boleh dianggap bodoh sombong. Kesian dengan dia..
Kalau saya ada buat salah, tegurlah. Insayallah ada ganjaran menanti. Kalau bukan dari saya, Allah pasti akan membalasnya. Tegur menegur amalan mulia.
anif says
Bila kena tegur tentu terguris! Apa pun, kekalkan sikap keterbukaan untuk menyeimbangkan situasi.
Cikgu Hairul says
tu la dia.. tak banyak sikit pun mesti ada rasa terguris. kalau hati betul2 boleh terima, insyallah semuanya ok.
Fadzmie says
Amalan tegur-menegur ni memang bagus. Cuma yang tak bagusnya cara seseorang tu menegur orang lain. Ada yang cara tegurannya tak sesuai, menyebabkan orang yang ditegur tu tak dapat terima teguran. Hehe.
Cikgu Hairul says
Menegur kena juga dengan penuh hikmah kan…
Jebeng Otai™ says
btul2..tp x ramai yg amik kisah cara utk tegur org..huhu
lepakk.com says
Kita kalau ditegur mesti kita bengang kan
Cikgu Hairul says
kena buang rasa bengang, masukkan rasa positif. boleh ke agak-agaknya kan? nama pun manusia. mesti tak lari dari sifat ego.
Hafizul says
Emm entri ni mengisafkan aku jer..emm insyaAllah akan cuba perbaiki kelemahan diri..mujur juga aku ego ngn isteri jer..ngn org lain ok jer kalau nak tegur..hahahaha..jahatnya aku..
Cikgu Hairul says
ish.. kena berbaik ngan isteri bro. kalau tak……… wakakak
Affan says
Nak tegur orang pun ada caranya, berbeza mengikut hubungan seseorang dgn orang yang ingin ditegur.
ps: Dulu ada seseorang bgtau. Kalau kita rasa marah bila ditegur, itu bermakna kita sebenarnya ego.
Cikgu Hairul says
Kena kurangkan ego. Saya pun cam tu.. Kadang2 nak melenting juga bila sitegur. Tapi cepat2 fikir positif. Susah betul nak didik jiwa.
beckhr00y says
kalau ditegur berdasarkan kesilapan/kesalahan kita, aku blh terima lagi
Leeza Dayasari says
bila kena tegur, kita kena terima teguran sebaiknya.
leeza pernah nasihatkan kawan ttg sesuatu, dup dup dia ckp.
JGN SIBUK HAL AKU … hihok…….
Shahrul says
Memang rasa down sgt bile kena tegur atas kesilapan. Tapi lepas tu kita akan berusaha utk jadi lebih baik lepas kena tegur…
Amirez says
kalau orang tu susah nak ditegur, boleh mintak tolong orang tengah jadi perantara. orang tengah tu mestilah seseorang yang orang susah nak ditegur tu hormat. tips daripada Dr. Fadhilah Kamsah dalam Selami Jiwa baru2 ni 🙂
Mak lagenda says
Yg nak menegur kena ada caranya
Yg ditegur pula perlulah ada sikap terbuka
barulah apa yg ditegur dpt diterima dgn baik
Ibu Mifzal Arsyad says
bila ada rs ego memang akan terguris. tapi kalau kita pikir positif, insya Allah teguran yg teruk pun boleh diterima.
Achik Ezz says
Ramai yg tak puas hati bila kene tegur.orang yg macam ni dikategorikan orang yg sombong dan perasan bagus..sifat tu adalah sifat yg paling keji.
Syaitan pun dilaknat oleh Allah sebab ada perasaan tu la.(sombong dan perasan bagus) oleh itu dia enggan sujud pada nabi Adam.
Muhasabah la diri kita.kadang2 ada gak perasaan perasan macam bagus tu…istighfar banyak2 dan mohon agar dihindarkn dr sifat tercela tu.
titan says
biasalah tu. orang kita bukannya boleh ditegur..
kecuplup says
haish, x ley la camitu… tegurla juga… nt kwn demo jauh tersesat… sian ko diyo….
Lawrence Vision says
Header dah tukar ye,cantik. Sebenarnya tak ramai yang suka ditegur sebab selalunya bagi mereka yang ditegur mereka sentiasa betul dan orang yang menegur adalah salah tapi kadang2 nak salah kan orang yang ditegur pun tak boleh sebab cara menegur itu berbeza. Sesetengah orang kena betul cara menegurnya bukan main tegur macamtu je kena slow talk lah kalau boleh
Cikgu Hairul says
Header biasa jer tu.. Heheh
Hazmin Hamudin says
Bila ditegur, baru kita nampak kelemahan yang ada pada diri kita. Tapi nak tegurpun ada caranya. Jangan pulak sampai menjatuhkan air muka. Itu sebab boleh mendatangkan kemarahan bila menegur tidak kena caranya.