Salam Maulidurrasul sahabat semua.
Cuti hari ni? Ada yang kena kerja kan? Awal tahun persekolahan ni cikgu-cikgu masih tak menang tangan. Banyak kerja tertangguh. Cuti macam ni pun masih bawak kerja balik ke rumah.
Takpe kita tinggalkan kerja tu kejap. Bawak-bawak muhasabah diri dan fikir atas iman dan amal kita. Sejauh mana sayang kita kepada Nabi? Itu persoalan santai waktu cuti nih.
Adakah kita macam sahabat-sahabat Nabi dulu. Apa sahaja yang Nabi buat dia akan ikut. Sampaikan ada seorang sahabat ni namanya Abdullah Ibnu Umar selepas kewafatan Nabi, dia ikut laluan Nabi untuk mengerjakan umrah. Setiap tempat yang pernah Nabi singgah dia akan singgah. Pokok yang Nabi sandar dia akan sandar. Bertapa cintanya dan sayangnya sahabat kepada Nabi.
Adakah bila kita jika dibacakan hadith akan ada semangat dan azam nak amalkannya? Kita kena jadi macam para sahabat Nabi, apa yang Nabi cakap terus diamalkan tanpa banyak soal. Tapi itulah kan.. Nabi dah tinggalkan kita ribuan tahun. Itu yang bila dibacakan hadith ramai yang mempersoal. Ramai juga yang tak percaya. Mungkin lamanya Rasulullah meninggalkan kita, membuatkan ramai daripada kita kurang mengimani Nabi.
Apa agaknya tanda kita cinta Nabi? Sudah buat apa yang baginda perintah dan tinggal apa yang dilarang? Sudahkah kita menghidupkan sunnah? Masih beratkah mulut kita mengucap selawat pabila mendengar nama baginda disebut?
Jawab dengan jujur segala persoalan kat atas. Kenalpasti sejauh mana cinta kita pada Nabi. Baikilah… Yang baik kita tambah baik. Yang kurang baik kita tambah baik. Moga kita semua mendapat syafaat nabi di akhirat nanti.
titan says
ucap selawat bila dengar nama nabi disebut..itu antara paling mudah nak tunjuk sayang atau tidak kita pada nabi..
tapi ramai lagi yang leka..
Hafizul says
Masih jauh rasa cinta saya terhadap nabi Muhammad. Terima kasih bro atas peringatan sebegini..Kadang2 saya terleka dengan hidangan dunia yang mengasyikkan…
hafizmd says
Takde manusia yg paling mulia selain Rasulullah SAW.
Cinta padanya insyaAllah balasannya syurga Allah =)
kakiblog says
insya Allah sama-sama kita berusaha untuk berselamat..salam Maulidur Rasul..
Manan Qayyim says
Kecintaan dgn hidupkn sunnah.
Sayang dgn sering sebut nama Baginda.
Bahrain says
tertanya-tanya pula, masa zaman nabi dahulu, hari jadi beliau bagaimana sahabat menyambutnya?..
chii says
salam maulidur rasul..setuju ngn titan…selawat perkara yng paling mudah bagi menunjukkan rasa kecintaan pada Baginda