Bismillahirrahmanirrahim.
Bila datang yang baru, yang lama berlalu pergi. Kita ambil beberapa contoh yang terpampang depan kita.
- Bila datang memory card, filem gulung ditinggalkan. Kedai gambar yang selama ni hidup dengan mencetak gambar semakin sunyi. Orang tak begitu teruja mencetak gambar ke atas kertas. Memadai lihatnya di skrin iPhone. Memory card pun semakin sunyi dek kerana Cloud.
- Bila datang USB Pendrive, DVD, CD-RW, diskette, Pearless dan lain-lain ditinggalkan sepi. Sikit hari lagi pun semuanya dalam Cloud. Bila Internet kena sekat, masing-masing mati berdiri.
- Bila ada WhatsApp dan app lain yang sewaktu dengannya, SMS ditinggalkan.
- Malah Radio juga bermutasi ke siaran atas talian Internet. Entah esok entah lusa Radio cuma tinggal sebutan. Ia bukan lagi dalam bentuk yang sepadan dengan namanya. Ia bukan lagi gelombang radio.
- Blog? Blog juga semakin sepi dek kerana segala posting dah beralih ke Facebook dan Twitter.
Sudi lagikah menulis di blog? Blogger lain, entah. Tapi bagi saya, saya memilih untuk beralih ke tempat lain yang lebih meriah. Sandaran dah dimulakan, arkib ke computer dan akan repost semula di Twitter.
Di blog ni ada dua penulis. Saya, lari ke Twitter. Hairul tak pasti. Mungkin beliau akan bertahan untuk beberapa ketika lagi.
Leave a Reply