Hidup sebagai manusia tak lari dari difitnah dan menfitnah tanpa kita sedar. Kadang-kadang perbuatan kita sendiri menjadikan perkara sedemikian berlaku.
Ingatkan dengan buat bisnes senyap-senyap tiada siapa mengata. Rupanya ada juga insan berprasangka buruk dengan kita. Kita beli rumah, kereta dan harta benda lain dikatanya kita ambik rasuah, jual dadah, jual perempuan dan perkara yang tak enak didengar. Padahal bukan kacau mereka pun. Sikit pun tak mintak nasihat, lebih-lebih lagi harta kat mereka.
Itulah padahnya bila tak pernah nak bercerita. Bila kawan-kawan tanya kerja apa, puas menepis tak nak beritahu. Niat di hati takmau berbangga. Bila orang mengata padan la muka.
Ada juga baiknya kita bercerita. Tak banyak, sikit pun jadilah dengan sahabat terdekat. Bila jadi apa-apa takde la mereka perprasangka. Cerita sekadar mereka tahu apa kita buat. Apa kerja kita. Bukan untuk berbangga, tapi macam saya kata tadi la.. bagi mengelakkan salah faham.
Ini kedai online saya ye.. Jemputlah berkunjung.. Taknak la sorok-sorok lagi. Serik pulak rasanya..
anif says
Wah! Ada online store ni kira sudah hebat! 😀 Tahniah!
Cikgu Hairul says
Thanks bro anif. Mengisi masa lapang je ni..
wandisini says
ada yang dengki dengan kejayaan orang lain. teruskan usaha cikgu
Cikgu Hairul says
Nak buat macam mana kan.. Nama pun manusia. Mana boleh kita kawal sifat dengki dia. Saya diamkan je la..
rahman says
memang bagus cikgu.. usaha yang baik… siapa yang kata cikgu jual perempuan tu.. dahsyat betul fitnah manusia ni 🙂
Cikgu Hairul says
Hahaha.. tak tahan betul bila dia cakap camtu. Mungkin dia ada masalah ngan saya kot. Tapi biar je la. Tak kuasa nak layan sangat.
benjy says
Wow ! … menarik-menarik dah jadi buisnes man rupanya … :D. Rasa nak buat kedai online juga ni … tetapi masih tak tahu apa nak jual … 😀
Cikgu Hairul says
Buat je bro Benjy. Tak susah nyer. Banyak platform percuma yang nampak profesional sekarang ni untuk kita mulakan biz online.
ohcikgu says
wahh..bagus. bagus..
Cikgu Hairul says
Hehehe.. Kecil-kecilan je ni cikgu.
Hafizul says
Just nak tanya. Tahu dop macam mana nak guna google analytics? Kalau tahu boleh bagitau saya?
Cikgu Hairul says
Google analytic kena register. Lepas tu dia ada suruh kita masukkan satu fail dalam hosting. Atau kalau guna blogspot boleh letak code yang diberi dalam templet kita. Tapi pengguna wordpress .com saya tak tau la pulak.
nurmisnan says
Alhamdulillah.. biarler orang nak kata apa janji kita tak kacau
rezeki orang.. Manusia memang tidak henti untuk memburukkan
sesama manusia hingga ada yg sanggup melihat sahabat sendiri
jatuh tersungkur sambil bertepuk tangan…
Cikgu Hairul says
Mungkinkah ini sifat yang diwarisi oleh bangsa Melayu? Hmmmm
Hafizul says
Wah boleh belajar ni pasal perniagaan online ni. Hehe. Nati boleh la cikgu hairulajarkan saya.
Cikgu Hairul says
Insyallah boleh je.
adamfaiz says
memang respek kat orang yang pandai online bisnes ni.. pasal dengki tu memang dah jadi perangai orang kita…
Cikgu Hairul says
Susah juga nak mendidik masyarakat supaya buang sifat hasad tu.
fiezaradzi says
die tu dengki tu.. biarlah.. yg penting kita tahu kita buat kerja halal..
wah, one drop perfume ek..
Cikgu Hairul says
Hehe..