Dalam kesibukan institusi pendidikan nak menjadikan premis sekolah satu tempat yang kondusif untuk belajar, terjadi banyak tragedi menyayat hati sejak mutaakhir ini. Rasanya semua sudah maklum berita tentang seorang murid sekolah di Kota Kinabalu yang tertusuk besi di pipinya dan van sekolah terhumban dalam logi.
Adakah Sekolah tak selamat?
Mesti banyak isu yang akan timbul selepas ni. Isu van masuk logi najis belum reda, sudah timbul lagi isu ini. Ibu bapa lah paling risau sekarang. Bukan sahaja di dalam kawasan sekolah, perjalanan ke sekolah juga tidak menjanjikan keselamatan 100%. Mungkin setiap hari ada ibu bapa yang berdebar-debar melepaskan anak ke sekolah.
Isu keselamatan di sekolah ni sudah lama. Sejak tertubuhnya institusi pendidikan di atas mukabumi ini lagi. Soal keselamatan anak 100% diserahkan kepada pihak sekolah terutama cikgu. Di dalam atau di luar waktu sekolah, kalau ada je kejadian tidak diingini, sudah pasti pihak sekolah akan dicari dulu.
Sebenarnya, bagi menjaga keselamatan murid di sekolah, banyak peraturan wajib diikuti oleh murid, cikgu, pekerja malahan kontraktor juga sudah maklum peraturan-peraturan sebelum memasukki kawasan sekolah. Tetapi, malang tak berbau. Sehebat mana pun peraturan yang dibuat, ia tidak menjamin juga keselamatan sesiapa pun di sekolah.
Peraturan di dalam makmal dan bengkel juga jelas. Prosedur diajar dan diberitahu setiap kali aktiviti PdP dijalankan. Namun kecuaian cikgu dan murid siapa boleh jangka? Dalam dok sebuk mengajar, ada juga murid yang main gergaji. Dalam dok sibuk siapkan projek KH, ada juga murid sibuk bergaduh bersenjatakan tukul besi dan pahat.
Adakah kita boleh terus mengatakan sekolah tidak selamat? Tentu tidak adil bukan? Tapi percayalah, dua tiga hari ni sudah pasti kita akan dengar cadangan-cadangan dari pelbagai pihak untuk memperbaiki tahap keselamatan di sekolah. Macam-macam akan kita jumpa nanti. Kemuncaknya pasti masa hari guru 16 Mei nanti.
Sebagai sebuah masyarakat, tidak wajar melepaskan isu keselamatan di sekolah hanya kepada pihak sekolah. Sama-sama la buat kerja. Nampak sesuatu yang tak selamat contohnya nampak penutup longkang terbukak, pasangkan semula. Nampak tong sampah tergolak, tolong angkat. Kan mudah macam tu. Tak perlu nak menduding jari dan hanya tahu menyalahkan pihak lain.
Lihat juga aksi anak-anak kita diluar waktu persekolahan ini. Nak marah salah, tak marah pun jadi satu kesalahan pulak.
Bahrain says
Keselematan murid adalah yang menjadi keutamaan di sekolah. Sejauh mana keselamatan bergantung pada murid dan juga cikgu. Cikgu memainkan peranan yang penting dalam menasihati murid tentang keselamatan di sekolah mahupun di luar sekolah sama ada face to face ataupun melalui notice bergambar di setiap kelas ataupun koridor sekolah. Murid pula kena sentiasa dengar dan buat perkara yang disuruh sahaja kemudian menegur rakan-rakan yang lain tentang keselamatan.
Setakat ini zaman saya tidak ada masalah ketika melakukan aktiviti di dalam Makmal sains dan juga di bilik kemahiran hidup. Di harap tidak terjadi perkara yang buruk pada masa akan datang.
Amran says
Semua tu dah dibuat. Nak kata poster, nasihat, taklimat… tapi malang tak berbau kan..