Selagi tak habis bulan syawal, inilah juadah feveret. Pegila mana-mana rumah terbuka, kalau tak ada sate macam tak lengkap.
Apa pun, berpada-pada nak makan terutamanya tang kuah tu. Saya baru raya kedua muka dah tumbuh jerawat gara-gara terlebih baham kuah kacang.
Jangan lupa makan juga bawang dengan timun yang biasanya disertakan dengan sate. Orang kata untuk menutralkan karbon yang terhasil semasa proses membakar sate. Saya kurang jelas bab tu, tapi kalau dah namanya petua kita ikut la untuk kebaikkan diri sendiri juga.
Ok la, hari ni dah habis cerita raya. Penat dah..
muja says
sate mmg paling best kalau time raya, kalau dah nampak dia, tak peduli dah jerawat ke minyak ke,, hehehe
Cikgu Hairul says
Jerawat? Owh tidak.. baru kali ni makan kuah kacang tumbuh jerawat..
Hazmin Hamudin says
Terasa seperti kurang percaya dengan mitos makan kacang keluar jerawat tu. apa-apa pun juadah sate memang sangat lazat.
Cikgu Hairul says
Tu la.. baru kali ni saya kena camtu. Mungkin juga faktor lain. Tapi yang pastinya kuah kacang saya baham bermangkuk-mangkuk.
Mohd Shubhi says
Ada orang beri tau bawag dan timun tu untuk potong garam berlebihan dari daging…tak risau ler jika ada darah tinggi!
Cikgu Hairul says
Owh ye ke? Banyak versi, banyak petua, banyak juga ilmu perlu dipelajari tentang sate.
hafizmd says
fuh! sate mmg feveret tp macam cikgu cakaplah…jgn lupa makan timunnya sekali…hehe
kuah kacang kena letak sambal sikit…tambah ummmph!
Cikgu Hairul says
Saya tak suka tambah sambal. Selera dengan sate+ kuah kacang je.
hafizmd says
*keluar topik
cantik themes ni cikgu! mmg smart
Cikgu Hairul says
Ops, ye ke? Ni pun dalam proses pemilihan theme bro. Warna tu masih berkira-kira nak kena tuko.
Pokok Manggis Depan Rumah says
Sedap satey tu. Sama la selera kita bila ada satey. Kena jaga-jaga kuah dia kan. Nanti banyak jerawat 🙂
Cikgu Hairul says
Sebenarnya tanpa kuah pun sedap je satey ni. Kalau takut dengan jerawat, jangan makan la kan..
AUC says
dah x daya tengok satay ni huhuhuh
Cikgu Hairul says
Saya masih berselera lagi. Heheh.. pantang jumpa.
hafiz says
Kalau ada sate kambing lagi best…
Cikgu Hairul says
jarang orang buat sate kambing. mahal woo danging kambing. biasanya kambing golek je.
daddydee says
sedap sate tu..
titan says
kalau takde sate..rasa macam tak lengkap maa..