Hari ini 16 Mei 2011. Semua cikgu tak sabar nak pergi sekolah. Maklumlah hari ini hari mereka. Biasanya hari ni ada sambutan yang guru sendiri buat. Pagi-pagi dah dengar bebelan guru besar membacakan perutusan dari Menteri Pelajaran. Yang tak betah mendengar akan tergoyang-goyang menahan boring. Bagi sekolah dua sesi tahun lepas bergabung menjadi satu sesi untuk menyambut hari guru ni. Tapi tahun ni sambutan hari guru secara berasingan. Sesi pagi majlis lain dan sesi petang majlis lain.
Semua orang pernah ada guru. Tak kira la yang guru formal mahupun tak formal. Apa yang specialnya cikgu korang? Ingat lagi tak nama-nama cikgu yang pernah ajar korang masa sekolah dulu? Setiap dari kita mesti ada sorang dua cikgu yang diingati sampai sekarang. Begitulah besarnya aura guru.
Cikgu-cikgu yang masih aku ingat sampai sekarang agak ramai la juga. Antaranya Cikgu Jamilah, Cikgu Ghani, Cikgu Ramlan, Cikgu Asmah, Cikgu Shahrin (arwah), Cikgu Norlida, Cikgu Azhar, Cikgu Zaharah, Cikgu Suhana dan ramai lagi. Sempena hari guru tahun 2011 kunukilkan ucapan Selamat Hari Guru Cikgu.
Baru ku sedar bahawa bukan mudah menjadi guru. Nak ajar anak orang menjadi pandai punyalah susah. Segala kesabaran cikgu-cikgu aku dulu mengajar aku sangatlah aku hargai. Dalam diam rupanya kengkawan sekelas aku dulu kebanyakkannya sudah menjadi guru. Hahahah.. weh kengkawan.. dapat balasan tak apa yang korang buat pada cikgu dulu. What you give, you get back. Allah bayar cash tau. Dulu kita malas belajar. Sekarang dapat murid lagi teruk dari kita. Dulu kita selalu tak dengar cikgu cakap, sekarang murid kita bercakap masa kita tengah bercakap. Owhh bala ni! Memerlukan kesabaran maksimum untuk menjadi pendidik.
Entri Berkenaan Hari Guru : Ucapan Hari Guru Tahun 2008
Selamat Hari Guru.
salam cikgu.
lupa nak wish, selamat hari guru.. mudah2an cikgu terus bersemangat mendidik anak bangsa.. 🙂
Terima kasih kak..