
Hai, Assalammualaikum semua. Apa khabar? Raya Aidiladha ni balik kampung tak? Aku macam biasa la. Sentiasa berada di KL. Dah macam anak jati KL je beraya kat sini. Nak buat macam mana. Dah tugas kena la terima.
Cuba tengok lembu-lembu tu. Bersedia untuk dikorbankan. Adakah kita juga macam lembu itu? Hehehe. Maksud aku sedia berkorban la. Berkorban untuk agama bangsa dan negara.
Jangan pulak terkorban di jalan raya sudah la. Masing-masing berpusu-pusu nak balik ni. Kena hormat menghormati di jalan raya. Jangan terlalu nak cepat. Hari raya hari Ahad, kalau balik hari Jumaat sempat lagi nak buat persiapan.
Oklah. Selamat Hari Raya Aidiladha dari aku sekeluarga. Semoga selamat sampai ke kampung halaman. Cikgu-cikgu terutamanya yang balik Kelantan dan Terengganu, hari Khamis dah sekolah. Jangan memonteng tau. Jangan pulak terus sambung cuti sekolah pulak. Tahun depan baru nak datang semula.. Aku lepuk kang sorang-sorang.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Cikgu sekeluarga..
Terima kasih. Selamat juga..
nak ke mana peginya lembu tu ek?hehe… 🙂
Nak kena sembelih. Bersedia dikorbankan
Salam Aidil Adha.. selamat berkorban
Berkorban jangan sampai terkorban.
Selamat hr raya cikgu…..
selamat juga