Bismillahhirrahmanirrahim.
Samada anda pengguna iPhone atau phone biasa, lokasi anda sentiasa terdedah dan boleh dikesan. Sebab phone tu semua dah pun dipasang dengan GPS. Turn off Location Service dalam phone tak menjadikan anda tak dapat dikesan. Turn off Location Service hanyalah menghalang app dalam iPhone atau phone dari menggunakan data GPS. Ia langsung tak melumpuhkan fungsi GPS.
Sekiranya anda keluarkan simcard dari iPhone atau phone anda, tetapi active kan Location Service untuk Camera, berjalan-jalanlah ke beberapa lokasi dan snap lah gambar. Kemudian periksa semula gambar tu, metadata nya akan pamerkan Location data ketika ia diambil. Ketika anda bergerak ke tempat tu, simcard dah cabut pun, tapi location dapat direkod dengan baik. Itu tandanya GPS buat kerjanya dengan cemerlang. Lainlah kalau tanggalkan bateri. Tapi kalau tanggalkan bateri tak dapatlah digunakan iPhone tu pada masa tu.
Untuk tak dapat dikesan, caranya ialah tinggalkan iPhone atau phone anda di tempat lain. Kalau ada pakai smartwatch yang ada GPS, jam tu pun tinggalkan juga. Kalau bimbang ada keperluan nak buat panggilan untuk waktu kecederaan, bawa phone yang mudah keluarkan bateri dan simcard nya, bawa dalam keadaan tak dipasang tu, masuk dalam beg.
Nanti cubalah ke tempat kerja dengan phone yang dah dicabut bateri dan simcard. Cuba satu hari dan rasailah kelainannya. Try at your own risk. Saya pun tak buat. Hahahah…
Hahaha… You can run, but you cannot hide.
Leave a Reply