“Ish.. dia lagi…”
“Serius aku tak suka orang macam ni..”
Saya tersentak. Lamunan terganggu seketika. Lalu mulut mengucap istigfar yang panjang. Seorang lelaki mengetuk tingkap kereta sambil menghulurkan sebungkus tisu. Lintasan dalam hati cepat-cepat dibuang jauh. Tidak wajar sama sekali berfikiran macam tu.
Lantas saya mencapai beberapa keping note seringgit dalam dashboard kereta, menghulurkan kepada lelaki itu. Nilainya tak besar, tapi…..
“Terima kasih nak..”
Dengan muka terharu dia mencium duit itu. Hampir-hampir saya menitiskan air mata.
Mungkin inilah satu-satunya mata pencarian dia. Menjual tisu demi mencari sesuap nasi dengan meredah sesak jalan dan menahan perit panas matahari.
Dikala kita hidup senang, ingatlah ada orang yang hidup susah.
Dikala kita makan semeja penuh, ingatlah ada orang yang cuma mampu makan sekeping roti.
Dikala kita bekerja dalam pejabat, ingatlah ada orang bekerja di tengah panas.
Dikala kita bercuti, ingatlah ada orang lain yang bekerja tanpa cuti.
Dikala kita cucuk duit di mesin atm dan keluarkan ribu-ribu ringgit, ingatlah ada orang yang tak pernah ada kad atm.
Sementara kita masih ada kerja, kesihatan, keupayaan, kekayaan cuba pandanglah sekeliling kita. Lawat jiran kita dan bertanya khabar. Mungkin mereka belum makan lagi sebab tak ada duit nak beli makanan.
Bukan satu tapi dua. Malahan ramai lagi senasib dengannya.
hairulafiz says
pengisian yang menarik cikgu….
wan math says
rezeki yg kita sedeqahkan akn dbalas Allah brganda2 lg..kdg2 dari sumber yg kita x ketahui.tu lah jaminan Allah.sy sndiri penah mgalaminya sbg seorg guru.
sharafie says
terharu saya membaca entri ni cikgu..pengisian yang menarik..
UmmiKami says
Salam Maulidur Rasul..
Bersyukur kita dengan nikmatNya,
Wajib ingat pada yang tak punya apa-apa. 🙂
Cikgu Hairul says
Salam maulidur Rasul juga Ummi..
cikgu bada says
bersyukurlah dgn apa yg kita ada..tq cikgu atas perkongsian ini
Cikgu Hairul says
Sama-sama cikgu.
nazray says
terima kasih atas entry ni, menyedarkan banyak orang, kita yang senang kena bantu orang susah. derma itu amalan mulia.
Leeza Dayasari says
benar, di kala kita hidup senang, sewajarnya kita ingat mrk yg kesusahan. moga leeza sntiasa dalam kalangan mereka yg bersyukur dan mudah membantu org dlm kesusahan. aminnnn
kuazue says
as salam… cik azue datang vertandang…by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1
UmmiKami says
Cahaya pagi di ufuk fajar,
Merpati mengalun irama lagu,
Saya kemari untuk belajar,
Menanti berpantun bersama cikgu. 😉
fiezaradzi says
kat tempat kami pun ada.. tapi kebanyakannya bukan org kita.. biasa lau first rasa nak bagi, mmg bagi la..
kdg2 pernah jumpa, mula2 elok je dia jual barang, lepas2 tu tgk dah de yg pimpin dia utk kerja macamni.. so, tak tau betul2 perlukan atau tak.. so, biasa tgk 1st instinct la, lau rasa nak bagi, bagi je…
titan says
selalu gak jumpa. Selalu..aku bagi je apa yang ada dalam dompet. Duit bukan bawa masuk kubur pun.
segalabenda says
ada jugak yang menyanyi untuk dapatkan huluran bantuan orang ramai..memang sedih tengok..beruntung kita ni Allah jadikan tak sesusah mereka
PokCIk says
Menderma dan bersedekahlah selagi kita mampu. Sesunggunya Allah akan mengasihani hamba-hamba NYA yang selalu mengasihani insan lain
Aya says
Aya paling mudah tersentuh bila tengok segelintir orang yang tidak bernasib baik.. sedih dan simpati.. dan sentiasa berharap dan berdoa agar tidak ditimpa nasib seperti ni. Nauzubillah..