Bagi yang masih belum tahu, Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung sekarang di PWTC. Sejak 27 April lepas sampai 6 Mei 2012 ni. Dibuka dari pukul 9pagi sampai 10 malam. Semalam petang lepas balik sekolah saya dengan isteri cari masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tu. Hajat di hati nak pegi Sabtu lepas, tapi dah ada Perhimpunan Aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, rasanya tak lepas ke PWTC.

Gigih betul naik tren semalam. Itu je la jalan paling mudah nak ke PWTC dari Setiawangsa ni. Nak naik kereta malas pulak nak memikirkan pasal parking dan jem. Nak pegi hari ni pulak, tengah Public Holiday. Mesti penuh PWTC. Tak daya melayan sesak.ย Semalam yang bukan hari cuti pun ramai umat manusia. Inikan pulak hari cuti.

Semalam juga berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Majalah Al Ustaz dan Gen-Q anjuran Telaga Biru. Dapat tengok Ustaz Zahazan dengan Ustaz Pahrol penulis buku Mukmin Profesional yang saya tunjuk haritu. Dapat tengok dari jauh pun takpe la. Nak datang dekat ramai umat manusia berkerumun nak bersalam dengan dia.

Beli buku di Pesta Buku macam ni memang best. Apa tak bestnya, setiap pembelian ada potongan harga sehingga 50%. Lepas tu ada hadiah lagi. Pendek kata pesta buku memang sesuai untuk kita membeli buku. Sedar tak sedar semalam je habis dekat RM300. Tapi takpe, ini pelaburan ilmu. Tak payah la berkira sangat. Pejam mata je.
Bagi yang ada kesempatan hari ini, jomlah pegi Pesta Buku Antarabangsa ni. Lagipun cuti hari pekerja bukan buat apa-apa aktiviti pun kan. Lepas memborong buku, apa kata singgah di The Mall. Tak pun singgah sekejap kat Sogo. Banyak tempat shopping sekitar-skitar tu. Heeheh
Tak tahulah Benjy ni jenis apa ? asal cuti je malas jalan2 kecuali kena paksa isteri …. hahahaha. Membeli buku bukan sahaja pelaburan yang bijak ia juga men positifkan diri ๐
Hari ni suruh la isteri benjy paksa benjy g PWTC.. Tak jauh dari rumah kan?
sama la dengan aku
memang kena paksa untuk gi bandar
aku malas bersesak kat jalan raya
Orang Malaysia memang suka membaca, tapi suka baca novel, majalah, komik, facebook. Sikit sangat baca buku Fizik, kimia, astronomi, herba, pertanian, pelayaran, geologi, tasawur, fiqh.
Buku-buku tu biarlah lecturer dan orang-orang dalam bidang tu je yang baca. Lepas tu bolehla dengar dari mereka je.
Wuaah!
Heaven habis pesta buku tu.
Rugi saya tak dapat pergi ๐
Masih ada masa lagi.. Sampai hari Ahad ni bro.
Ada masa jangan lepaskan peluang singgah ke acara ni.
Cuti-cuti macam ni memang sesuai. Hujung minggu ni pun sesuai.
ramai nyer……
leeza tak berkesempatan nk terjah PWTC. kirim jer buku kat org yg pergi.
Memang ramai. Cikgu kirim pun tak apa. Lagipun kalau pegi lagi pening nak mencari. Banyak sangat buku. Rambang mata pulak.
bagus juga idea naik tren tu…..
Parking kat setiawangsa.. pas tu naik tren ke pwtc memang senang bro. tapi kena bawak bag la. nanti nak bawak buku takde la menjinjing.
bila aku nak pergi nih. huhu..
esok masih ada bro..
kami beli kat kedai biasa je malam tadi
nak ke pesta buku tu, jauh sangat ๐
Dah jauh nak buat camna kan cikgu.. Kalau saya jauh pun saya tak datang semata2 nak beli buku kat pesta buku ni.
Hari Ahad lepas pegi jugak, dptla 2-3 buku yang dicari. Semalam pun 1 mei pegi lagi skali. ๐
Wah.. banyaknye masa terluang. Pegi banyak kali.. Isteri saya pun ajak pegi lagi sekali. Ntah buku apa pulak yang nak dicarinya tu.
Kebetulan hari cuti, ambik kesempatan sebaik mungkin
Seronoknye dapat ke sana… Insyyaallah, lusa dapat ke sana. Hehehe ๐
Pegilah.. Insyallah bermanafaat.
wah banyak nye borong buku.. terkejut den
Tu pun masih nak pegi lagi hujung minggu ni.Hehehe
oiik best tu. Kalau kawe masuk sana sebelah pagi, sebelah petang belum tentu mahu kuar. Syok ehhh bila banyak buku utk di lihat dan di baca. Kalau balik KL, mesti lepak kat MPH beberapa jam…