Minggu ni turn isteri bersantai pulak. Cameron Highlands adalah pilihan dia. Walaupun dah kerap naik ke sini, tapi tak pernah jemu. Alasannya, nak ubah suasana ~tenang dan sunyi. Nak lari dari tekanan kerja yang tak berkesudahan.
Walaupun perjalanan yang jauh dan sesak, tetap juga nak ke sana. Hari minggu sekarang jalan Cameron Highlands akan sesak sebelum dan selepas Pekan Brinchang. Boleh dikatakan tak kira waktu la. Pagi ke, petang ke, malam ke, sentiasa je sesak. Ketenangan hanya akan diperolehi apabila sampai di hotel.
Bersantai sambil menikmati pemandangan yang indah dan udara segar.. Subhanallah, damainya. Saja pilih hotel yang jauh dari pekan. Nak suasana yang agak kampong sikit. Biar ditemani dengan bunyi unggas..pergh! Best!!!
Pagi2 berjogging di kebun teh…sweet tak? Hehehe..
hafiz says
nak2 kalau pergi musim cuti sekolah, lagi teruk jem dia
Cikgu Hairul says
Betul tu bro. Saya serik nak g masa cuti sekolah. Ingatkan hujung minggu tak sesak camtu, rupanya sama je. Hari biasa pulak, CH ni macam pekan mati.. Aktiviti cuma tertumpu kat pertanian.
Hazmin Hamudin says
Cameron highland dah tak tenang macam dulu dah.. Sekarang ni memang jem je memanjangkan…
Cikgu Hairul says
Tapi walau jem, masih juga ramai nak ke CH. Suhu yg sejuk mungkin menyebabkan orang nak datang jugak. Maklumlah kat bawah ni kan panas..
suri says
salam.sy tahun lepas ada kesana itu mujur tka sesak selesa dan jalan lancar.kmi pergi pagi balik petg…mkn pula kt bawh bukti2 ada air terjun tu..best2…
sempt bli 3 pokok bunga mudh d jaga..ada rzki nk tdo sana pula. cikgu lama ker kt sana ?
Cikgu Hairul says
Suri g hari biasa ke? haritu pun saya pernah naik hari biasa.. memang tak jem. Tapi…. tak meriah la pulak.
staibaqhang says
bila naik CM la ni… mesti sakit kaki… jem jauh oooo…. tapi bercuti dengan keluarga mmg benda paling best
Cikgu Hairul says
Hari sabtu lepas. petang tu masa sampai ikut tapah tak la jem. malam tu masa nak ke pasar malam kat brinchang, memang jem teruk. pagi ahad pulak pun jem jugak. masa nak balik lagiah jem. emmm.. nasib baik keta auto.
zool says
Sejuk tu… mau menggigil tu
Cikgu Hairul says
Dah tak sejuk sangat sebenarnya. tapi sekarang ni kan musim ujan. hujan tak henti2. berhenti hujan, gerimis pulak.
ajumohit says
aha gaya senaman gitu nmpk sweet saangat!! hihi, seronok si isteri bila hasratnya ditunaikan itu lg sweet 😉
Cikgu Hairul says
itulah yang diharapkan. bahagia isteri, bahagialah si suami..
Faris Al-Muhandisu says
CM dah ramai org sgt skrg. sejuk pun x brp sgt dah. paling best nak lari dari stress, jungle trekking kat Monkey Beach, Teluk Bahang. Cantik woooo. hehe
Cikgu Hairul says
Teluk Bahang? Kat mana tu? kena gugel gak tempat menarik cam tu.. Cameron cam dah bosan.. hahah
Faris Al-Muhandisu says
Taman Negara Penang 🙂
Aya says
ini.. berhoney moon ke? hehehe