Aku gagahi juga untuk merempuh kesesakkan Masjid India. Tempat yang diketahui ramai memang sesak itu aku tuju juga untuk membeli barang keperluan masa raya nanti. Shopping sakan walaupun raya ni kena kerja. Takpe, semangat punya pasal aku layan je la.
Naik LRT lagi selesa untuk ke Masjid India. Bebas dari kesesakkan ibukota. Bebas juga dari naik darah melayan jem. Tak payah pening-pening nak cari tempat parking kereta. Walaupun hari Ahad, waktu-waktu macam ni parking susah juga nak cari. Masing-masing yang sanggup naik kereta memang punya kesabaran tinggi. Aku tak le sesabar tu.
Nah! sampai LRT Masjid Jamek punya la ramai umat. Bersesak-sesak.. tapi aku percaya, kesesakkan itu belum sampai klimax lagi. Tunggu la hari Sabtu Ahad ni. Mesti lagi sesak.
Nak cari apa je kat Masjid India ni macam-macam ada. Baju, seluar, tudung, songkok, jam, bunga, perhiasan, kuih raya dll. Pendek kata tak payah serabut nak fikir nak buat baju raya atau kuih raya. Sediakan duit je.. main tunjuk-tunjuk semua di hujung jari. Bukan je maklumat di hujung jari, baju raya pun kat hujung jari sekarang ni.
Harga barang kat sini boleh tahan juga murahnya. Pesaing ramai, so harga tak de la terlalu tinggi. Ada juga peniaga gila letak harga sepasang baju melayu RM45, kalau beli 2 pasang RM50. Ada pulak tu beli satu RM90, beli 2 RM100. Promosi-promosi pelik macam ni memang boleh bikin kopak poket.
Dalam memilih kuih jangan lupa status halalnya. Banyak kuih kat sini tak ada logo halal. Pandai-pandai la memilih ye. Jom kita shopping lagi.
Saya jumpa blog nie kat FB… ada kawan share post nie…
tahniah … betul komen kawan saya tu … blog nie memang terbaik..
🙂