Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Siapa Gila

Siapa Gila

24 March 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Ada banyak definisi gila. Definisi saya tentang gila tentunya berbeza sedikit. Gila ialah Merdeka, bebas dari kegilaan kepada dunia. Dengan kata lain orang gila itu ialah orang yang berlepas diri dari kegilaan kepada dunia. Dia gila mengejar sesuatu yang lain yang tentunya tak dapat difahami oleh orang yang percaya dirinya tidak gila.

orang-gila

Orang gila tenggelam dalam keasyikannya berbicara dengan dirinya. Dia berlepas diri dari kegilaan kepada harta, pangkat, kuasa, nama, betina dan kegilaan kepada cinta.

Orang yang percaya dirinya tidak gila pula tenggelam dengan kegilaannya kepada harta, pangkat, kuasa, nama, betina dan gila mengejar cinta dari manusia. Mengharap kepada sesuatu yang fana’. Yang kemudiannya mengheretnya kepada kegilaan yang tak dapat dibendung dan kepada kematian yang menyayat hati bila tak kesampaian. Paling tidak pun ia membawa kepada putus asa.

Kegilaan manakah yang lebih gila? Kegilaan orang gila yang gila atau kegilaan orang gila yang percaya dia tidak gila? Orang gila yang gila itu sedikit bilangannya berbanding dengan orang gila yang percaya dirinya tak gila.

Orang yang menulis ini pun bukannya orang lain, melainkan dia juga orang gila.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. smbotak says

    24 March 2014 at 07:57

    jarang ada orang gila yang mengaku dia gila. ah, senang kata kita semua ni gila la…

    Reply
    • Amar says

      24 March 2014 at 22:26

      Iya juga… Orang gila biasanya tak mengaku dia gila. Kan…

      Reply
  2. hafizmd says

    26 March 2014 at 07:23

    Payah jugak ni. Kalau gila, mana ada mengaku gila…kalau tak gila..takkan nak mengaku gila

    Reply
    • Amar says

      29 March 2014 at 23:12

      Itu yang payah tu. Yang saya tahu, penulis entri ni sebenarnya gila.

      Reply
  3. raudzah says

    28 March 2014 at 19:00

    Gila yang no 2 tu memang payah…wah suspen juga baca entry penulis ni. Apakah?

    Reply
    • Amar says

      29 March 2014 at 23:22

      Sekadar untuk merentak hati kita… Dimanakah letak duduknya kita. Dalam gila yang mana satu kita duduk. Khasnya bila kita leka mengejar sesuatu… Saya maksudkan “dunia”.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in