Bismillahhirrahmanirrahim
1. iPhone ialah sebuah telefon yang mengawal ketat semua app yang digunakan di atasnya. Semua app mestilah dibeli/muat turun hanya dari App Store. Ini bertujuan memastikan setiap penjualan dan pembelian app menguntungkan Apple.
2. Semua pembelian app dari App Store mestilah menggunakan matawang dollar Amerika. Sekalipun kita membuat pembelian dari Malaysia App Store, peraturannya tetap sama; mesti menggunakan dollar Amerika. Tujuannya ada dua. Pertama ialah untuk memastikan pengukuhan dollar Amerika. Kedua, sebagai tanda keangkuhan Amerika dan penghinaan kepada Ringgit Malaysia yang tak laku di App Store walaupun di Malaysia App Store.
3. Pengguna iPhone mencari jalan keluar dengan cara Jailbreak iPhone bagi membolehkan app tertentu dibeli dari store lain selain App Store. Jadi, Apple mengugut penggunanya dengan membatalkan warranty.
4. iPhone tak suka bertukar tangan. Bila pengguna beli telefon baru, telefon lama boleh trade-in. Tapi kurang sesuai untuk iPhone sebab pengguna kedua mesti nak buat AppleID sendiri. iPhone hanya benarkan dirinya membuat AppleID tidak lebih dari 3 ID. Kalau kita beli iPhone seken kemudian cuba buat AppleID dengannya tapi keluar error, maknanya kita ialah pemilik yang keempat atau lebih.
5. iPhone ni busy-body. Kalau kita guna WhatsApp atau Telegram kita mesti beri izin kepada app ni untuk akses phonebook. Tak ada pilihan untuk masukkan nombor secara manual. Jadi ini membolehkan iPhone menghantar semua senarai nombor telefon dalam phonebook ke server. Memandangkan WhatsApp dimiliki oleh Facebook dan Facebook menjalankan urusan dengan CIA tentulah semua kenalan kita diketahui oleh CIA. Apple dan iPhone takkan bertanggung jawab dengan sebarang kebocoran maklumat ni. Lepas tangan sepenuhnya.
6. iPhone umpama berhala. Ada orang minat sangat dengan iPhone walaupun tak pernah cuba iPhone. Yang ada iPhone pula punyalah jaga macam mulia sangat. Sayang iPhone lebih dari sayang isteri. Cuma segelintirnya saja yang pegang iPhone ni ikut sempat. iPhone dia naked tak bersarung, kadang-kadang dibuatnya sendal pintu. Kadang-kadang letak kat mana pun tak ingat.
7. iPhone ialah tukang canang fakta dunia. Di belakang iPhone ada bertulis “Designed by Apple in California Assembled in China” Ia menceritakan bahawa Apple hanya reka iPhone tapi tak mampu manufacture iPhone tanpa bantuan China. Ia menceritakan tentang California dan bukan Amerika membawa maksud dunia tak suka Amerika dan Amerika bukanlah sebuah negara tapi hanyalah kesepakatan negeri-negeri yang bersekutu (United States). It’s written behind every iPhone.
Anak Askar Pencen says
iPhone ni dicintai oleh ramai dan pada masa yang sama dibenci oleh sebilangan yang lain. Sekarang ni timbul isu app iCloud dia pulak. Habis semua gambar selebriti dibocorkan.
Amar says
Mana data atau foto yang personal janganlah hendaknya kita letak di cloud. Lebih mudharat dari manfaat.
Fadhil Husin says
No 6 tu yang paling tepat untuk menggambarkan pengguna iphone. anak ke mana pun tak tahu kerana asyik dengan iphone. sembahyang tak payah cerita la.
Amar says
Teknologi tu bagus. tapi bila kita leka dengannya akan muncullah masalah lain yang tak terduga mudharatnya.
Hero Borneo says
saya suka teori bro..kalau iphone dibuat penyendal pintu… ada lawaknya kat situ!
Amar says
iPhone sebagai penyendal pintu tu bukan teori. Ia benar-benar berlaku. Masa tu saya masih nak siapkan kerja dengan komputer, tak pasang lampu bilik tak mahu anak terjaga tidur. Saya buka lampu luar, buka pintu sikit supaya cahaya masuk. Cari benda nak sendal serba tak kena, saya sendal saja dengan iPhone.