Cuai, tak amanah! Itu ungkapan paling lunak untuk si pembocor kertas soalan UPSR Subjek Sains 2014. Kot ye pun nak bagi anak didik cemerlang, tak rasa malu ke buat cara macam tu? Tak tau ke kesannya besar kepada sistem pendidikan di Malaysia terutama yang terlibat secara langsung dengan pembikinan soalan.
Sudah pasti media dan masyarakat akan membahan cikgu sampai ke tanah. Satu demi satu isu cikgu dimainkan media. Isu yang keluar pulak menyebabkan masyarat turut sama mencerca profesion perguruan. Ditambah lagi dengan isu kebocoran soalan, sudah pasti tiada lain yang akan dipersalahkan.
Masyarakat bukan heran, bukan juga mencari jalan penyelesaian. Apa yang mereka tahu, semua itu salah cikgu. Walaupun pada hakikatnya, beribu lagi tangan bukan guru yang mampu mencapai kertas soalan sebelum hari peperiksaan dijalankan.
Selepas ini biarlah pihak berkuasa membuat siasatan. Siasat dan heret mereka ke muka pengadilan. Demi maruah sistem pendidikan Malaysia, orang seperti itu wajib diambil tindakan. Jangan dibirkan mereka lepas bebas sembil ketawa kekenyangan.
Kesian kepada murid-murid yang sudah buat persediaan. Berkobar-kobar mereka nak jawab soalan. Namun kecewa sebab peperiksaan ditunda ke hujung bulan.
Mungkin ada hikmah di atas semua kejadian yang berlaku. Kepada yang tak cukup persediaan, inilah masanya mencukupkan ilmu didada.
Ada juga yang buat lawak dengan isu soalan UPSR yang bocor ni. Apapun tahniah kepada yang sangat kreatif mengkaji punca kebocoran soalan upsr kali ini.
Kebocoran kertas peperiksaan sains UPSR berlaku pada soalan No.13 dimana soalan berkaitan ujian makmal terhadap balang berisi air yang dimasak. Soalanya berapakah suhu air tersebut ketika mendidih. Namun sedikit kecuaian berlaku apabila pembuat soalan terlupa menutup suis penunu bunsen. Ini lah yang menyebabkan kertas soalan tersebut sedikit terbakar dan sebab tu la bocor.
Sobri Mansor says
Sebab kertas soalan bocor, semua orang susah. Kesian pada anak2 darjah 6. kena tunggu plak lagi. Ingatkan dah boleh hurey awal. hehehe
KHAIRUL AMRAN says
Takpe la.. banyak hikmah kejadian tu. Cuti sekolah minggu depan, takde la anak2 merengek nak bercuti sakan.
Raihanah Ahmad says
memang tak patut berlaku, setiap tahun mesti ada je kebocoran tak kira UPSR, PMR atau SPM.
Anyway saya lebih bersetuju jika UPSR dimansuhkan krn pada usia itu takperlulah sampai nak bilang A.
KHAIRUL AMRAN says
Boleh nak dimansuhkan. Tapi macam mana pulak nak buat pemilihan ke tingkatan 1 nanti?
Raihanah Ahmad says
sekolah2 boleh buat sendiri masing2 macam sekolah rendah swasta buat skrg. ada exam juga bagi budak 6 tahun untuk masuk sekolah rendah swasta spt Sekolah Al Amin dan Sekolah integrasi negeri.
sekolah menengah kebangsaan tak payah buat exam sbb mmg boleh masuk je. cuma lepas tu buatlah saringan utk tentukan kelas.
pendapat saya ini lebih praktikal sbb kanak2 12 tahun tak sepatutnya dibebankan dengan persaingan merebut A yang akhirnya tak kemana pun. Lainlah SPM.
Hafizul says
Huhu..kemanakah sifat amanah yang kita ada ni ekk..
KHAIRUL AMRAN says
Simpan dalam laci atua dah dibuang dalam tong sampah.
Anak Askar Pencen says
Paling tension ibu bapa yang anak UPSR dengan cikgu-cikgu. Elok dah plan bagai nak cuti, alih-alih terpaksa hadap periksa lagi. Itu belum kira penyedia soalan. Mana nak print baru lagi. Haih..
KHAIRUL AMRAN says
Yup betul tu. Ada mak bapak dah serang sekolah petang tadi. Mereka dah booking flight cuti ni. Nak bercuti kat oversea sampai ujung tahun. Sekolah macam mereka punya. Suka2 cuti walaupun belum lagi cuti sekolah..
hafidzramli says
Agaknya si dalang ni memang suka buat SEMUA ORANG jadi huru hara…
Bala… Bala…
KHAIRUL AMRAN says
Buat keja tak pakai otak macam tu la.
siti hazreen says
Harap tabahlah murid-murid upsr menghadapinya
KHAIRUL AMRAN says
Aminn.. Mak ayah juga kena tabah. Cuit minggu depan jangan biarkan anak lepas bebas.
titan says
aku paling kesian dengan pengawas dan budak-budak nih.
tak pasal-pasal..kena ulang balik.
KHAIRUL AMRAN says
Masyuk la bro. Dapat elaun tambahan 3 hari lagi. Hahahaha
titan says
kalau dekat..tak berbaloi sangat.
kalau jauh..memang sedap la. haha..
TehR says
sorang dua yang buat hal
beratus ribu yang terlibat
duit pun banyak habis
KHAIRUL AMRAN says
Kalau dapat dalangnya, suruh dia tanggung kos peperiksaan semula tu. Memang takde otak punya orang.
sabree hussin says
masa zaman saya sekolah dulu pun dah pernah dengar isu soalan bocor ni. kali ni makin teruk agaknya
Oja Samid says
kesian anak2 jadi mangsa. cikgu2 n parents pun mesti tertekan sama kan? moga cepat2 lah dapat jumpa dalang tue. risau sebenarnya dgn krisis integriti di malaysia nie. 🙁
Azeni Ahmad says
Kasihan pada anak murid yang menjadi mangsa keadaan.
Memang disebabkab nila setitik rosak susu sebelanga.
Walau apa pun alasannya, semua telah terjadi..
Ambil iktibar di kemudian hari..
hafiz says
Macam mana nak maju, soalan pun dibocorkan…