Bismillahhirrahmanirrahim.
Silat dan ilmu kebatinan sejak dulu dah jadi begitu sinonim sehingga ia juga jadi alasan ibu bapa melayu lebih selesa menghantar anak-anak mereka belajar taekwondo dan aikido berbanding silat. Saya kata itu pilihan yang betul. Sayangnya tak tepat.
Pengisian dalam taekwondo dan aikido tiada ilmu kebatinan. Anak-anak takkan diajar tentang ilmu kebatinan di dojo. Kesannya mereka akan berjaya sebagai tubuh kosong tanpa sahsiah yang diperlukan.
Pengisian silat pula tak dapat tidak mesti akan ada ilmu kebatinan. Dulu-dulu guru-guru silat ialah juga guru agama. Mereka guru-guru pondok dengan jalan tarekat. Duduk dalam hakikat dan ma’rifat. Sama macam pejuang ulung Mat Kilau.
Sayangnya ada pula orang-orang banyak yang tak layak jadi guru ingin jadi guru. Orang-orang ini pula mengambil jin sebagai pendamping. Bila orang-orang ini mendakwa mereka sebagai guru dan membuka gelanggang silat, maka banyaklah ajaran yang sesat. Masyarakat yang cetek ilmu pula jatuhkan hukum pukul rata semua ilmu kebatinan dalam silat itu sesat. Hasilnya sangat sedikitlah orang-orang dalam masyarakat yang mempelajari ilmu kebatinan dan ketuhanan.
Yang dapat difahami hanyalah kezahiran. Bila ditanya lebih tentang perihal kebatinan masing-masing akan jawab wallahu a’lam. Boleh jawab begitu, tapi mengapa semuanya wallahu a’lam?
Ilmu kebatinan dalam silat ialah ilmu ketuhanan. La haulawala quwwata illa billah. Tak ada apa hebat dan kuat pada manusia. Semua kehebatan milik Allah.
Silat tak diajar kepada kanak-kanak. Jangan hantar anak-anak kecil belajar martial art. Tubuh mereka masih lembut untuk dihempas dan dipukul. Anak kecil hantarlah ke kelas pondok belajar tauhid. Supaya batinnya kuat. Bila dah remaja barulah hantar belajar silat.
Pilihlah silat yang betul. Carilah silat yang baik susur galurnya. Bapa perlu bertemu dulu dengan guru silat, bertemu empat mata dan berbicara tentang tauhid sebelum melepaskan anak remajanya belajar silat dengan pengijazahan.
Macam payah bunyinya. Itu tanggung jawab bapa, memanglah payah. Ia tentang ilmu untuk anak bawa diri di atas tanah panas ini sampai dia menemui dirinya yang batin. Mengenal dan memandang.
Irwan Alessa says
Aku belajar silat cekak dulu tapi tak habis.. Orang kata belajar silat tak habis ni ada kesan nya.. Betul ke??
Bab yang budak kecil tu memang aku setuju sangat,. yela kekuatan dalaman dia mesti kena ada..
Amran says
Belajar silat ni macam belajar benda lain juga la. Kalau tak habis, tak ada kesannya. Tapi kalau belajar akidah tak abis, memang ada kesannya bro.
Silat cekak yg mana satu tu bro? story sikit..
Amar says
Betul tu. Tak tamat Silat Cekak tak jadi mudarat, cuma belajar tak habis sajalah.
U2taz Abc says
Bagaimana dgn pendapat amran kasimin yg terus menghukum bhwa yg menggerakkan tubuh utk bersilat adlh jin sedangkan tak dail hadith@alQuran yg menjelaskan sedemikian nyata? Knp mrk tak berani mengaitkan dgn malaikat? Apkh mrk byk mengetahui darihal jin dpd malaikat?